pusat tahfiz
Kes Pusat Tahfiz yang dibakar oleh sekumpulan kanak-kanak ini disifatkan antara kes kebakaran yang terburuk di Malaysia

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan remaja 16 tahun yang didakwa membunuh pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kanak-Kanak daripada pertuduhan penyalagunaan dadah.

Perbicaraan dijalankan di Mahkamah Majistret Kanak-Kanak

Majistret Zilfinaz Abbas membuat keputusan itu selepas laporan patologi yang dikeluarkan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kanak-kanak dan remaja itu bebas pengaruh dadah.

Sementara itu, peguam yang mewakili kanak-kanak terbabit berkata bahawa pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap kedua-dua anak guam mereka.

“Laporan patologi terhadap anak guam saya negatif dan pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya dan dilepas serta dibebaskan”, ujar Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.

Suspek dilaporkan menyalahgunakan dadah jenis syabu dan ganja

Meskipun lepas bebas tuduhan berkaitan dadah, remaja berusia 16 tahun itu tidak boleh dibebaskan kerana menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah.

pusat tahfiz
Antara mangsa-mangsa yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz tersebut

Mahkamah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula dan serahan dokumen bagi kes membabitkan seorang lagi remaja yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan dadah.

Kanak-kanak dan remaja terbabit didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), pukul 11.35 pagi, 16 September lepas.

pusat tahfiz
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifqiyah, Kuala Lumpur

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

Diharapkan keadilan bagi kes ini akan terus terbela dan suspek yang bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal. Semoga semua pihak dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Sinar Harian

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here