Seorang pemuda yang berfikiran jauh dan kreatif mencuri tumpuan ramai selepas mencipta sebuah motosikal khusus bagi mengharungi musim ‘bah’.

Tatkala keadaan banjir di Pantai Timur khususnya di Pantai Timur di Kelantan dan Terengganu dilaporkan kian meruncing pemuda ini berjaya menarik minat para netizen.

Loading...

Pemuda ini mula menjadi tumpuan netizen selepas rakaman video dan gambar lelaki berkenaan sedang melakukan ‘pandu uji’ di satu lokasi banjir di Selising, Pasir puteh tersebar di laman sosial.

motosikal
Sumber foto: Sinar Harian

Pencipta motosikal khusus itu, Amin Mohamed, 31, berkata kenderaan tersebut dihasilkan berdasarkan imaginasi dan kreativitinya yang dirancang sejak awal tahun ini.

Lebih menarik, Amin menjelaskan dia hanya menggunakan modal sebanyak RM500 untuk menyiapkan motosikal tersebut, selain menggunakan bahan-bahan terpakai dan enjin Honda C70.

Motosikal itu juga menggunakan satu tayar motor dan dua tayar kereta di belakang yang mampu meredah banjir sedalam satu meter, lapor portal tersebut.

motosikal
Sumber foto: Sinar Harian

“Saya buat lakaran reka cipta motosikal ini atas kertas Januari lalu dan mula membuatnya sedikit demi sedikit pada waktu terluang” katanya lagi.

“Saya hanya guna bahan terbuang dan bahan sedia ada kerana saya perlu elak kos tinggi.

Katanya “ciptaannya bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya untuk memuaskan diri sendiri”

Pemuda ini juga merupakan seorang pengusaha dan pembekal barangan aluminium dan cermin di Kampung Bukit Tanah, Selising.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here