Sumber foto : Mirror.co.uk

Seekor ular sawa dengan panjang 17 kaki telah membelit seekor kucing sehingga mati di Pathum Thani, Thailand. Ular sawa itu kemudiannya menelan kucing tersebut sebelum memuntahkannya kembali apabila ahli jabatan pertolongan haiwan bergegas ke tempat berkenaan.

Saowarak bersama Bobo sebelum kucingnya itu ditelan. Sumber foto : Mirror.co.uk

Tonton video ular sawa muntahkan kucing itu di sini :

Ular yang besar itu berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah melalui dapur sebelum menelan kucing berwarna perang emas yang diberi nama Bobo itu. Setelah menelan Bobo, ular itu menyorok di kawasan sinki dapur bagi ‘menghadam’ kucing seberat 3 kilogram itu.

Pemilik rumah tersebut, Saowarak Charoen kemudiannya ternampak ular yang sedang kekenyangan itu lalu segera menghubungi polis.

Ular Sawa
Sumber foto : Mirror.co.uk

Dua orang polis beserta 3 orang ahli Jabatan Pertolongan Haiwan tiba tidak lama selepas itu dan berjaya mengeluarkan ular yang dalam keadaan perut kembung itu.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!

Setelah beberapa kali diketuk dan dipusingkan, ular itu akhirnya memuntahkan kembali Bobo daripada rahangnya dalam keadaan berlendir.

Ular Sawa
Sumber foto : Mirror.co.uk

Pada mulanya, Saowarak hairan apabila mendapati almari di bawah sinki dapurnya terbuka secara tiba-tiba. Dia kemudian melihat bahagian ekor ular itu dan menyangka ular itu hanyalah bersaiz biasa-biasa sahaja.

Ular Sawa
Sumber foto : Mirror.co.uk

Apabila pihak berkuasa mengeluarkan ular tersebut, dia terkejut kerana ular sawa itu tersangat lah besar tidak seperti yang disangka.

Ular Sawa
Sumber foto : Mirror.co.uk

Walaubagaimanapun, Saowarak tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya di atas kehilangan kucingnya itu. Bobo kini ditanam di taman berdekatan rumahnya.

Bobo yang dimuntahkan kembali : Mirror.co.uk

Pegawai hidupan liar telah melepaskan kembali ular tersebut ke dalam hutan.

Diharapkan kita semua dapat berhati-hati selepas ini terutamanya jika rumah anda berada berdekatan kawasan hutan. Ular memang suka masuk ke tempat yang gelap serta lembap.

Sentiasalah berhati-hati dan utamakan keselamatan anda dan juga ahli keluarga.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Mirror.co.uk
Khaleej Times

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here