Rolex

Sebut sahaja tentang Rolex, pasti kita semua akan terbayangkan seutas jam tangan mewah bertatahkan permata yang berkilau-kilauan.

Jam tangan Rolex seringkali dipakai oleh ikon-ikon berpengaruh di dunia. Boleh dikatakan jam tangan jenama ini adalah peneman setia pemimpin-pemimpin dunia, para selebriti dan ramai lagi. Oleh sebab itu, jam Rolex mencerminkan status dan prestij seseorang individu.

Rolex
Bintang tenis, Roger Federer

Tapi bagaimanakah Rolex masih berjaya mengekalkan tempat mereka sebagai jenama jam nombor satu di dunia walaupun sudah lebih 100 tahun ? Di sini kami kongsikan strategi yang digunakan oleh jenama ini.

 

1.Menunjukkan Gambar-gambar Yang Cantik

Anda tak perlu pegang atau belek-belek jam tangan Rolex untuk merasai kecantikannya. Betul tak ? Dari jauh sahaja anda sudah boleh terpukau dengan keindahan dan kualiti jam tangan mereka.

Ini kerana mereka sentiasa mempamerkan gambar jam-jam mereka dengan visual yang sangat cantik.

Sumber foto : Instagram

Jika anda pergi ke laman sesawang dan Instagram Rolex, anda akan dapati bahawa mereka tidak banyak menggunakan ayat-ayat yang menarik untuk memujuk orang ramai membeli jam mereka.

Ya, Rolex tahu level mereka di mana. Mereka tidak perlu lagi menerangkan kepada orang ramai tentang keistimewaan produk mereka. Orang ramai sendiri tahu betapa istimewanya jam-jam keluaran Rolex.

Sebab itu lah Rolex begitu memberi fokus dalam memaparkan gambar produk yang cantik di laman-laman mereka. Itu adalah lubuk utama mereka memikat para pembeli.

 

2.Mencipta Inovasi Baru

Inovasi baru dalam industri jam tangan adalah sebab utama mereka masih mampu bertahan sehingga kini.

Lihat sahajalah, Rolex adalah jenama pertama yang menghasilkan jam tangan kalis air, jam tangan yang dilengkapi dengan tarikh serta jam boleh membaca arah angin.

Rolex
Pelbagai inovasi diperkenalkan kepada jam tangan. Sumber foto : Swiss Wrist

Semua ciri tersebut hanyalah alatan sahaja sebelum jam tangan menjadi hiasan mewah seperti hari ini. Tetapi, mereka berjaya menggabungkan kesemuanya ke dalam seutas jam tangan. Inovasi tersebut telah membuatkan jam tangan mereka mempunyai lebih banyak fungsi.

Dalam zaman dan era canggih ini, pengeluar produk haruslah bergerak seiring dengan kemajuan teknologi, dan itulah prinsip Rolex.

 BACA : 4 Rahsia ZARA Jana Berbilion Sales Tanpa Buat Iklan Yang Banyak

3.Meraikan Para Pemakai Jam Tangan Rolex

Apa yang menjadikan Rolex begitu istimewa ?

Kerana jam tangan jenama mereka sangat kaya dengan kisah-kisah sejarah.

Dalam satu iklan yang dikeluarkan, Rolex memaparkan imej 10 ikon yang berpengaruh di dunia :

Tiger Woods, Roger Federer, Marlon Brando, Robert DeNiro, Pablo Picasso, Martin Luther King,  Dwight Eisenhower , Sir Jackie Stewart dan Elvis Presley.

Rolex
Sumber foto : Hodinkee

Apa persamaan mereka semua ini ?

Selain daripada terkenal dan mencipta banyak kejayaan, mereka semua adalah pemakai setia jam tangan Rolex.

Iklan tersebut menunjukkan bahawa Rolex adalah saksi kepada kehidupan ikon-ikon ini. Jam tangan mereka telah menyaksikan kisah hidup juara-juara, insan bercita-cita tinggi dan juga tokoh yang telah mengubah dunia. Pendek kata, segala kejayaan orang-orang hebat ini adalah bertemankan jam Rolex.

Ikon bola sepak terkenal, David Becham

Secara tidak langsung, Rolex telah membawa ‘brand’ mereka ke satu tahap yang begitu tinggi di mata para pengguna. Justeru, tidak hairanlah mengapa jam tangan jenama ini masih lagi top walaupun sudah 100 tahun beroperasi dan tidak mustahil akan kekal menjadi jenama nombor satu pada masa hadapan.

 

4.Menggunakan Platform Media Sosial Untuk Mendengar Feedback Pengguna

Mereka sangat menitikberatkan pandangan orang ramai dan apa yang disuarakan oleh pengguna di laman sosial.

Sebagai contoh, pada bulan lepas, ramai pengguna memberi komen di laman Facebook dan mengatakan bahawa mereka ingin tahu dengan lebih lanjut lagi tentang ciri-ciri istimewa jam jenama tersebut. Hasilnya, Rolex mengeluarkan satu siri “Did you Know” bagi menjawab komen tersebut.

Feedback pengguna diambil berat di laman sosial

Dalam satu post kemudiannya, Rolex menerangkan tentang nama jam Clockmaker’s Four yang memberitahu mengapa angka roman IIII digunakan dan bukannya IV. Post itu berjaya mendapat 119,000 likes. Ini jelas menunjukkan bahawa strategi yang digunakan di media sosial sangat berjaya.

Laman Facebook

Melalui interaksi dengan para pengguna di laman sosial, Rolex mampu menghasilkan content yang ingin dilihat oleh orang ramai. Di samping itu, para pengguna juga dapat merasakan bahawa pandangan mereka didengari.

Justeru, diharapkan kita semua dapat mengambil contoh daripada strategi yang digunakan Rolex ini dalam bisnes masing-masing. Teruskan follow page Deenamik untuk dapatkan tips-tips berguna dunia bisnes dan bermacam-macam lagi.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Referral Candy
Business Insider

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here