Kerajaan Malaysia akan halang kemasukan warganegara dari negara India, Filipina dan juga Indonesia bermula Isnin depan iaitu 7 September 2020. Halangan kemasukan ini dikenakan kepada pemegang pas jangka panjang dari tiga negara tersebut akibat peningkatan kes COVID-19. Halangan ini turut dikenakan kepada penduduk tetap, pemegang pas Malaysia Rumah Kedua Saya, ekspatriat, pemegang visa dan juga pelajar asing.

Pengumuman ini diumumkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri setelah mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan dengan harapan agar penularan COVID-19 dapat dihentikan. Tambahnya, kerajaan juga akan memantau situasi di negara lain. Sekatan yang sama akan dikenakan keatas negara lain jika negara tersebut mengalami lonjakan kes yang tinggi.

BACA JUGA :   Susun Semula Aktiviti Sepanjang PKP

“Belum ada yang dimuktamadkan, tetapi kami melihat negara lain yang mungkin mengalami lonjakan kes COVID-19,” katanya.

Bagi warganegara Malaysia yang pulang dari tiga negara tersebut akan dipantau dan dipastikan mematuhi SOP yang ditetapkan. Filipina adalah negara kedua kes tertinggi manakala Indonesia mencatatkan kes tertinggi di Asia Tenggara . India pula meningkat naik dengan kini jumlah jangkitan melebihi 4 milion kes.

Kerajaan Malaysia akan terus memantau situasi terkini dan susah berseiap sedia dengan pelan tindakan awal bagi menghadapi peningkatan kes jangkitan COVID-19 kerana musim sejuk di beberapa negara luar sudah bermula.

Berkenaan denggan vaksin, ramai negara berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin terbaik dan tidak kurang juga negara yang ingin membeli vaksin tersebut. Berikut adalah senarai negara-negara Islam dan ASEAN yang telah memulakan proses diplomasi vaksin :

  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • Bangladesh
BACA JUGA :   Kongsikan Referral Code Anda dan Jana Pendapatan Pasif Bersama Safer

Bagi Malaysia pula, Malaysia pernah menawarkan diri untuk menjadi negara penguji kepada ujian klinikal vaksin yang sedang dibangunkan oleh negara China. Namun, tiada lagi pengumuman yang dibuat berkenaan persetujuan untuk pembelian yang dibuat untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here