Etnik Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman di Myanmar tetap masih menjadi pelarian di negara Bangladesh. dudah sekian lama mereka menjadi pelarian, akhirnya mereka juga masih belum dijamin selamat untuk pulang ke Myanmar.

 

Dianggarkan seramai 688,000 perlarian Rohingya yang dijangka akan dibawa pulang ke tanah air mereka. Namun begitu Myanmar dilihat masih belum dapat memenuhi aspek keselamatan untuk menyambut kedatangan pelarian Rohingya.

etnik rohingya
bantulah untuk selamatkan mereka dari terus menjadi mangsa kekejaman

Persuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-abngsa Bersatu bagi Pelarian, Flippo Grandi berkata “melihat kepada situasi masih tidak sesuai untuk program penghantaran etnik Rohingya ini pulang secara sukarela.”

etnik rohingya
kanak-kanak Rohingya turut menjadi pelarian walaupun masih diusia kecil

Menurut laporan yang dibuat oleh PBB, etnik Rohingya perlu berada di negara Bangladesh untuk memastikan mereka selamat sehingga diberi jaminan keselamatan sekiranya pulang ke Myanmar nanti.

“Punca utama yang menyebabkan etnik ini melarikan diri ke negara lain juga belum dapat ditangani.

“Bukan itu sahaja, usaha untuk menyelesaikan isu hak asasi juga belum ada tindakan serta masalah kewarganegaraan yang kian lama berlaku sejak berdekad lalu,” tambah beliau lagi.

etnik rohingya
A Rohingya Muslim boy, who crossed over from Myanmar into Bangladesh

Oleh yang demikian, PBB akan melihat terlebih dahulu usaha meningkatkan tahap keselamatan yang menjamin etnik Rohingya sampai di sana kelak.

Perkara yang berlaku sehingga ke hari ini juga adalah kerjaan Myanmar menganggap etnik Rohingya ini sebagai masyarakat asing yang datang dari Bangladesh. Apabila bertindak sedemikian, mereka juga turut tidak mengiktiraf kewarganegaraan etnik Rohingya walaupun sudah bertahun lamanya mereka tinggal di Myanmar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here