Sinopsis Ringkas Black Panther

Kesinambungan dari Captain America:Civil War, filem Black Panther ini mengisahkan tentang cabaran yang perlu dihadapai oleh T’Challa (Chadwick Boseman) yang diangkat menjadi raja baru di negara Wakanda menggantikan ayahandanya. Jika anda masih ingat dalam Civil War, ada satu babak yang menunjukkan ayahandanya terkorban akibat letupan di dalam sebuah bangunan.

Black Panther
Kematian T’Chaka di dalam Captain America:Civil War

Namun, tugas menjadi raja di Wakanda tidak semudah yang disangka. Meskipun dianggap sebagai tipikal negara dunia ketiga seperti negara-negara Afrika yang lain, Wakanda sebenarnya mempunyai kekayaan dan kemajuan teknologi antara yang tercanggih di dunia. Tetapi, perkara itu tidak boleh didedahkan kepada dunia luar kerana T’Challa bimbang keselamatan Wakanda akan terancam jika perkara itu sampai ke pengetahuan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Loading...

Babak-babak konflik mula timbul apabila logam yang paling berkuasa di dunia iaitu ‘vibranium’ telah dicuri oleh pihak-pihak antagonis yang ingin melihat dunia menjadi huru-hara. Vibranium boleh diproses menjadi senjata yang cukup berbahaya dan tidak boleh ditandingi oleh senjata-senjata lain.

Black Panther

Sebenarnya, ayahanda T’Challa iaitu T’Chaka menyimpan satu rahsia kejahatannya yang tidak pernah diceritakan kepada orang lain. Apabila T’Challa tahu tentang rahsia itu, segala perasaan hormat dan kepercayaan kepada ayahandanya itu hilang serta merta. Dia menyangka T’Chaka adalah seorang raja dan ayah yang baik, namun sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali.

Black Panther
Marvel Studios’ BLACK PANTHER
L to R: T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman) and Erik Killmonger (Michael B. Jordan)
Credit: Matt Kennedy/©Marvel Studios 2018

Dan kini, T’Challa terpaksa menentang segala komplikasi yang timbul akibat perbuatan jahat ayahandanya. Namun lawannya kali ini bukan calang-calang. Sama seperti T’Chala, lawannya itu turut mewarisi darah Black Panther, tetapi penuh dengan dendam dan kebencian.

BACA JUGA :   Perkataan "Hanuman" Dalam Black Panther Disensor Oleh India

Jadi apa kesudahannya ? Jeng jeng jeng !

Black Panther

Pandangan Peribadi 

Sejujurnya, filem Black Panther ini adalah sebuah superhero movie yang lain daripada yang lain. Jika anda datang ke pawagam dan expect cerita ini sama seperti movie-movie Marvel yang lain seperti Iron Man, Spiderman ataupun Thor, anda sememangnya akan silap.

Nak tahu kenapa ?

Black Panther banyak menampilkan sisi-sisi patriotik dan ‘politik dalaman’ di dalam negara Wakanda. Isu-isu berat seperti kolonialisme, perhambaan, skeptikal ke atas warga Afrika juga ditunjukkan dengan jelas. Watak-watak kullit putih di dalam filem ini dianggap sebagai bangsa penjajah yang jahat dan suka menindas kaum-kaum kulit gelap. Maklumlah, 95% pelakon di dalam filem ini adalah berkulit gelap.

Black Panther
Senarai pelakon-pelakon Black Panther

Jika kebanyakan antagonis dalam filem-filem superhero lain mahu menguasai kekayaan dan menjadi paling berkuasa di dunia, namun antagonis di dalam filem ini hanya mahu membantu kaum-kaum yang tertindas di dunia. Haaa pelik bukan ?

Dari sudut aksi pula, Black Panther ternyata sarat dengan aksi-aksi gempak dari awal hingga ke akhir. Cumanya scene pertarungan antara T’Challa dengan antagonis utama, Eric Killmonger nampak macam biasa-biasa saja. Mungkin disebabkan koreografi yang kurang mendebarkan dan banyak bergantung kepada ‘special effects‘. Scene yang paling gempak adalah ketika berlakunya aksi kejar mengejar di Busan yang begitu intense dan penuh dengan keterujaan.

BACA JUGA :   Avengers : Infinity War Bakal Jadi Filem Berdurasi Paling Lama Dalam Sejarah Marvel
Black Panther
Scene kejar-mengejar di Busan

Scene-scene lawak jenaka juga ada diselitkan tetapi sangat sedikit dan boleh dibilang dengan jari sahaja. Boleh dikatakan Black Panther ini movie yang serius dan memang jauh beza dengan Thor:Ragnarok dan Iron Man. Ini mungkin salah satu cara Marvel mahu penonton bersedia dari segi mental untuk Avengers:Infinity War yang akan ditayangkan pada bulan Mei nanti.

Black Panther infinity war

Recommendation

Pada pendapat kami, Black Panther ini layak mendapat rating 8.5/10.

Plot dan pembangunan karakter digarab dengan begitu baik oleh pengarah, Ryan Coogler. Sinematografi dan muzik latar juga tidak menghampakan, lebih-lebih lagi dengan suasana dan latar belakang negara Afrika seperti Wakanda. Cumanya, sedikit kelompongan dari segi aksi melibatkan T’Challa dan Killmonger mungkin mencacatkan sedikit rating bagi kami.

Black Panther

Sememangnya Black Panther adalah filem superhero yang berbeza dengan kebanyakan filem-filem keluaran Marvel. Pasti anda tidak akan kecewa jika berkunjung ke pawagam semata-mata untuk filem ini. Oh ya, jangan balik dulu selepas filem tamat kerana ada dua babak yang ditayangkan selepas habis kredit.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here