Aung San Suu Kyi sebelum ini telah dianugerahkan anugerah Hak Asasi Manusia oleh Muzium Peringatan Holocausts Amerika Syarikat (AS). Berhubung tragedi penghapusan etnik Rohingya di Myanmar, Suu Kyi dilihat tidak melakukan apa-apa tindakan dan menyebabkan anugerah tersebut ditarik balik.

 

Suu Kyi juga merupakan pemenang Hadiah Nobel keamanan pada tahun 1991 apabila beliau bertindak menentang pemerintahan kuku besi junta tentera suatu ketika dahulu. Namun kini, beliau dilihat hanya berdiam diri ke atas tragedi buruk menimpa etnik minorityi di Myanmar.

Selain itu, Aung San Suu Kyi juga pernah diberi anugerah Elie Wiesel dari muzium memorial sebagi tanda penghargaan mereka terhadap perjuangannya menentang pemerintahan kuku besi tentera junta. Malah, perjuangan suu Kyi turut membawa kepada kemerdekaan seluruh rakyat Myanmar.

Bagaimanapun muzium berkenaan membuat keputusan menarik semula penganugerahan itu selepas menemui banyak bukti menunjukkan pemimpin itu hanya berdiam diri dalam operasi ketenteraan ke atas etnik Rohingya.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh muzium berkenaan juga, mereka mengharapkan agar pemimpin Aung San Suu Kyi menyedari bahawa dia perlu bertindak untuk menghentikan kekejaman berlaku pada 2016 dan 2017, tersebut. Muzium itu juga berharap ia dapat ditangani dengan segera kerana pemimpin itu sebelum ini telah berjuang untuk kemerdekaan rakyat dan negaranya.

“Langkah perlu diambil untuk membantu etnik minoriti itu, atau sekurang-kurangnya menyuarakan pendapat yang mengutuk kekejaman  dan kezaliman berkenaan,” ujar kenyataan dibuat oleh pengurusan muzium berkenaan dalam sebuah surat rasmi kepada Aung Suu Kyi.

Tambahan lagi, pemimpin Aung San Suu Kyi dan parti Liga Demokrasi Nasional juga jelas menolak dalm usaha kerjasama dengan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) dan kekal sebagai satu retorik dalam gerakan anti Rohingya.

Lebih mengejutka apabila parti beliau juga melarang media laporan untuk menyebarkan kejadian pembunuhan besar-besaran ke atas etnik Rohinya.

“Tindakan zalim yang anda lihat sendiri oleh pihak tentera khususnya sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyuruh anda supaya bertindak namun anda tetap memilih untuk mendiamkan diri,” ujar dalam surat itu lagi.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here