Kejadian Gempa Bumi 5.2 Skala Richter Landa Negeri Sabah Semalam

73
gempa bumi

Kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah, pada jam 9.06 minit malam, semalam. Kejadian tersebut menimbulkan reaksi mengejut dan kebimbangan oleh penduduk setempat.

gempa bumi
Sumber foto : Berita Harian

Menurut Jabatan Matereologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dibuat menerusi laman facebooknya, lokasi kejadian gempa bumi itu ialah 6.1 Utara dan 116.6 Timur. Susulan kejadian yang menggemparkan penduduk di Sabah, jabatan MetMalaysia mengatakan tiada ancaman tsunami akan berlaku.

Namun, di beberapa kawasan dikesan terjejas akibat gegaran yang menyebabkan runtuhan terjadi di sepanjang lalauan pendakian Gunung Kinabalu, semalam.

Menurut Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Jamli Nais, berkata gegaran itu memberi kesan agak besar di kilometer (km) 1.5 dan keadaan menyebabkan kawasan tidak dapat dilalui.

“Pemantauan mendapati di sepanjang laluan ke puncak dari Panabalan menuju ke Pondok Timpohon telah berlaku runtuhan di kilometer 1.5 dan kesemua pendaki akan dibawa menggunakan jalan alternatif.

Bagaimanapun, pihak TTS akan memastikan setiap pendaki yang tidak akan menggunakan jalan asal yang tersedia, sebaliknya memastikan mereka menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

sumber foto : sinar harian – laluan alternatif yang disediakan

“Runtuhan kecil turut berlaku di Carson Fall tetapi keadaan tidak terlalu teruk dan masih boleh dilalui,” ujar beliau.

Jamili turut berkata, runtuhan berlaku di bahagian berhadapan Kampung Mesilau, Kundasang dan belakang tunku Abdul Rahman Peak tetapi runtuhan tersebut dipercayai jatuh kearah Low’s Gully.

“Terbaru pada jam 10.53 malam, semalam, beberapa gegaran dikesan di Gunung Kinabalu berskala 3.2,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada para pelancong atau kerosakan kepada bangunan penginapan di gunung.

Beliau berkata, kesemua pendaki, malim gunung, porter, kakitangan Sutera Sanctuary Lodge, Mountain Torq, kontraktor dan kaitangan TTS seramai 209 orang selamat di bawa turun malam tadi dan menginap di Taman Kinabalu.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here