Wanita Sumber Inspirasi negara. Melalui itu, lapan puluh peratus daripada perniagaan di Malaysia kini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan mereka berbanding purata global sebanyak 75 peratus, demikian menurut Laporan Tahunan Wanita dalam Perniagaan Grant Thornton International Ltd.

Grant Thornton International

Loading...

Peratusan wanita dalam pengurusan kanan telah meningkat kepada 28 peratus tahun ini berbanding 24 peratus pada 2017 – angka tertinggi sejak 2011.

Di peringkat global, lebih banyak perniagaan mengambil sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan mereka.

Dalam satu kenyataan, firma khidmat audit dan penasihat itu berkata 75 peratus perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan tahun ini berbanding 66 peratus pada 2017. Bagaimanapun, wanita hanya membentuk 24 peratus daripada pengurusan kanan berbanding 25 peratus sebelum ini.

Grant Thornton International Ltd.

“Walaupun positif mempunyai bilangan wanita pada kedudukan yang lebih kanan di lebih banyak perniagaan, agak mengecewakan bahawa jumlahnya secara menyeluruh masih kecil.

“Ini menunjukkan perniagaan menumpukan perhatian hanya untuk memenuhi syarat dengan mengorbankan kemajuan sebenar yang bermakna mereka tidak akan mendapat manfaat daripada kepelbagaian jantina yang sebenar,” kata Pengarah Urusan Teknikal Korporat Grant Thornton Malaysia, Silvia Tan.

BACA JUGA :   Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong Berjaya Meraih Pingat Emas Negara

Grant Thornton International Ltd.

Beliau berkata perlu ada tindakan melepasi dasar dan memberi tumpuan kepada kepimpinan dan budaya peranan penting dalam mewujudkan kemajuan dalam keseimbangan jantina.

Data Grant Thornton menunjukkan bahawa dasar kesaksamaan jantina tersebar luas di Malaysia dengan 82 peratus perniagaan memberikan gaji yang sama kepada lelaki dan wanita yang melakukan kerja yang sama dan 66 peratus melaksanakan dasar tidak diskriminasi untuk pengambilan pekerja.

Langkah yang menyokong ibu bapa yang bekerja juga popular dalam kalangan perniagaan, termasuk cuti bersalin bergaji (42 peratus) dan jam fleksibel (24 peratus).

Laporan itu juga berkata syarikat-syarikat di Malaysia bermotivasi untuk memperkenalkan dasar kesaksamaan jantina terutama untuk menarik dan mengekalkan pekerja (73 peratus), meningkatkan prestasi syarikat (73 peratus), memenuhi nilai organisasi (73 peratus), memenuhi jangkaan masyarakat yang lebih luas (58 peratus) dan mengikuti visi kepimpinan kanan (51 peratus).

BACA JUGA :   Majikan Beri Bonus Sebanyak 19K Secara Tunai Kepada Pekerja Mereka!

Grant Thornton International Ltd.

Di peringkat global, bilangan perniagaan dengan wanita dalam pengurusan kanan, didorong oleh ekonomi pesat membangun seperti Afrika (89 peratus perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pengurusan kanan) dan Eropah Timur (87 peratus).

Menurut laporan itu, ekonomi sedang pesat membangun juga menyaksikan bilangan wanita paling tinggi dalam jawatan kanan, termasuk ASEAN (39 peratus), Amerika Latin (30 peratus) dan Afrika (30 peratus).

Grant Thornton International Ltd.

Laporan Wanita dalam Perniagaan diterbitkan bersempana Hari Wanita Antarabangsa 2018, yang disambut pada 9 Mac setiap tahun.

Dalam menongkah arus zaman, usaha dan tenaga wanita dilihat perlu untuk seiring sejalan bersama lelaki demi kemajuan kehidupan dan negara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here