Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin baru-baru mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila mendakwa penyakit  dan kematian yang berkait dengan obesiti adalah bukti bahawa rakyat di negara ini terlebih makan.

Bung Moktar Radin
Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin

Justeru, Bung Moktar menegaskan bahawa itu adalah petanda ekonomi Malaysia sedang berkembang dan negara ini semakin bertambah maju kerana rakyat ‘terlebih mampu’ untuk makan.

Loading...

Kenyataan daripada Bung Moktar, yang juga merupakan suami kepada pelakon Zizie Ezette itu dibuat untuk menemplak isu yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkenaan kesusahan hidup yang terpaksa ditanggung rakyat.

Bung Moktar
Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah

Berikut merupakan kata-kata daripada Bung :

“Ramai yang mati kerana terlebih makan. Ramai yang obesiti, ada kencing manis, ada darah tinggi, ada sakit jantung sebab mereka makan daging setiap hari, mereka makan ayam setiap hari”, ujar beliau.

BACA JUGA :   4 Jenis Makanan Yang Membuatkan Anda Cepat Gemuk

Beliau kemudian menawarkan untuk membawa pihak pembangkang ke negara yang kekurangan makanan untuk membuktikan kata-katanya itu.

Hmmm, jadi apa pendapat anda ? Adalah anda bersetuju dengan kenyataan Bung Moktar ? Lontarkan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here