Sama ada kita sedar ataupun tidak, kadar obesiti di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Rakyat di negara ini sememangnya dilimpahi dengan makanan yang banyak, namun kurangnya pengambilan makanan seimbang membuatkan mereka mudah menjadi gemuk.

Makanan obesiti
“You are what you eat”

Pepatah Inggeris pernah menyebut, “You are what you eat”, bermaksud kesihatan anda dapat dicerminkan melalui makanan yang anda makan. Jika baik yang dimakan, maka sihatlah tubuh badan dan begitulah sebaliknya.

Loading...

Jadi, di sini kami senaraikan 5 jenis makanan yang membuatkan anda mudah menjadi gemuk. Bukanlah bermaksud segala makanan ini tidak boleh dimakan langsung, tetapi pastikan anda mengambilnya dalam kuantiti yang memadai dan kenalpasti jumlah kalori yang anda perlu bakar selepas itu.

#1. Roti Putih

makanan
Roti putih.

Roti boleh disifatkan sebagai makanan lazim dalam kalangan rakyat Malaysia. Hakikatnya, roti putih tidaklah mengandungi khasiat nutrisi yang banyak pun. Roti putih juga mempunyai banyak gula dan tidak mengenyangkan, sebab itulah mereka yang makan roti akan berasa cepat lapar dan mula mengunyah makanan lain beberapa jam kemudian.

Sebaiknya, anda kurangkan makan roti putih dan mula mengambil ‘whole wheat bread’ ataupun ‘whole grain’ kerana kedua-dua roti ini adalah baik untuk kesihatan tubuh badan. Seperti contoh, roti whole bread mempunyai banyak sumber gamma-oryzanol yang dapat mengurangkan tahap kolestrol apabila diambil dengan kerap.

BACA JUGA :   Petua Merawat Masalah Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semulajadi
makanan
Antara contoh roti whole grain.

Banyak kajian mendapati wanita yang banyak mengambil roti whole grain juga adalah 40% kurang berisiko untuk mendapat kanser payu dara berbanding roti putih biasa.

#2. Makanan Bergoreng

makanan ayam goreng

Kita semua tahu bahawa makanan yang bergoreng adalah tidak sihat dan perlu dielakkan. Selain mudah menggemukkan, makan bergoreng juga mengandungi kandungan nutrisi yang sedikit. Lazimnya, makanan bergoreng mengakibatkan masalah kesihatan serius seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan strok.

Sangat dicadangkan kepada anda supaya menggunakan alternatif lain selain menggoreng lauk yang ingin dimakan. Anda boleh menyediakannya dalam bentuk hidangan sup, secara kukus ataupun memanggangnya di dalam ketuhar.

#3. Minuman Ringan

Sebarang minuman ringan ataupun minuman berkarbonat perlulah dijauhi kerana mengandungi jumlah gula yang tersangat banyak dan perisa tiruan daripada bahan kimia.

Perisa tiruan sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menjurus kepada pertambahan berat badan dan juga sakit sendi, masalah penghadaman, kemurungan, sakit kepala, kanser, penyakit otak dan bermacam-macam lagi.

Minuman yang terbaik bagi tubuh anda tidak lain tidak bukan adalah air masak. Pastikan anda minum air masak dengan kerap setiap hari.

BACA JUGA :   Bung Moktar : Rakyat Makin Gemuk Petanda Malaysia Semakin Maju

#4. Nasi Putih

Mesti ramai yang tidak percaya bahawa nasi putih adalah salah satu jenis makanan membuatkan anda menjadi mudah gemuk. Ya, nampak pelik tetapi itulah realitinya. Nasi sudah menjadi makanan ruji bagi penduduk Asia, terutamanya di Malaysia.

Bila menyebut tentang nasi, ramai yang salah faham dengan konsep pengambilan nasi. Nasi sebagai karbohidrat membekalkan sumber tenaga yang banyak kepada badan. Akan tetapi, tenaga yang tidak digunakan akan menjadi lemak lalu menyukarkan anda untuk menurunkan berat badan.

Sebab itulah jika anda rujuk kepada pakar-pakar nutrisi, mereka sangat menyarakan anda supaya mengambil nasi lebih kurang sesenduk sahaja (satu pertiga pinggan). Dua pertiga pinggan lagi dipenuhkan dengan sayur dan juga sumber protein (ikan, telur, ayam, daging, etc).

Makanan
Antara contoh kuantiti nasi dan lauk yang ideal.

Tetapi orang kita makan nasi macam lupa dunia. Kadang kala ambil nasi sampai separuh pinggan. Lagi parah, selepas makan, mereka langsung tidak bersenam dan bakar kalori.

Sumber : Life In Backyard

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here