Sempena cuti hujung minggu yang panjang ini, kepada anda yang masih berfikir dan tidak tahu nak lakukan aktiviti apa, apa kata cuba rasai percutian berkonsepkan inap desa Klawang, Negeri Sembilan.Rasai percutian yang penuh keseronokan dengan harga yang berpatutan.

inap desa Inap Desa Klawang, ditubuhkan pada 25 September 2008 dan rumah inap desa ke-8 yang diwujudkan di Negeri Sembilan, Homestay Klawang menyajikan suasana kampung yang  selesa dan aman damai juga  amat sesuai untuk anda “release tension” dihujung minggu dek bebanan kerja seharian.

inap desa Menyajikan persekitaran segar dan budaya Adat Perpatih, Homestay Klawang menawarkan pengalaman unik untuk pelancong dalam dan luar negara bagi merasai suasana kampung dengan alam semula jadi dan tradisinya yang masih dikekalkan.

inap desa Tak jauh pun kalau anda nak pergi ke sini. Kalau anda dari Kuala Lumpur, lebih kurang 78km jer, kira-kira 1 Jam setengah memandu. Itu pun kalau tak jem lah. Kalau dari Seremban 40km jer, bermalam dengan keluarga angkat di 15 rumah inap desa di kampung ini pastinya pengalaman menyeronokkan.Di sini, selain tinggal bersama keluarga angkat, aktiviti kampung seperti menangkap ikan, mandi-manda di empangan dan bermain permainan tradisional seperti batu seremban pasti menceriakan.

BACA JUGA :   Murid Ini Dipaksa Minum Air Panas Yang Menggelegak

Pertunjukan kebudayaan seperti bermain cak lempong dan tarian piring serta memasak makanan tradisional seperti masak lemak cili api dan dodol serta kuih tradisional menambahkan lagi warna-warni kemeriahan saat berkunjung ke Homestay Kuala Klawang ini.

inap desa Selain itu, pelancong juga boleh melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Jelebu. Antaranya, boleh lawati ke Kem D’ Agroloka, Titi Eco Farm Resort, Muzium Adat, Taman Alam Liar Lembah Jemaloi, Hutan Rekreasi Jeram Toi. Selain itu, terdapat juga bandar lain yang wajib anda singgah bila berada di Negeri Sembilan. Antranya bandar Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuala Pilah, Rembau, Gemas, Tampin. Setiap daripada bandar ini mempunyai keunikan tersendiri.

BACA JUGA :   Cari Ketenangan Anda Di Hutan Lipur Jeram Toi, Negeri Sembilan

inap desa

Untuk anda yang berhajat untuk merasai inap desa klawang ini, boleh melawati laman https://www.facebook.com/homestayklawang/ untuk dapatkan maklumat lebih lanjut atau terus jer pergi ke alamat Kampung Ulu Jelebu, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan atau boleh Tel:019-273 1507.

Apa tunggu lagi? rasa dan nikmatilah percutian berkongsepkan inap desa ini. Jom Terokai Percutian Inap Desa hujung minggu ini…

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Utusan Online

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here