Semestinya anda mengetahui bahawa masalah denggi sudah semakin parah di negara kita. Akan tetapi, terdapat penurunan kes kerana terdapat pelbagai insiatif yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Inisiatif Jabatan Kesihatan Negeri menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah (PKDMT) boleh dibuat contoh bagi negeri lain. Mereka memutuskan untuk menubuhkan skuad peninjau khas menggunakan drone bagi memantau kawasan pembiakan nyamuk aedes di negeri ini.

Loading...

Melaka

Datuk Dr. Ghazali Othman merangkap pengarah mengatakan bahawa Skuad Khas Drone Peninjau Aedes yang ditubuhkan itu akan menggunakan sebuah unit alat penerbangan kawalan jauh atau drone untuk memantau kawasan serta premis yang sukar untuk dicapai.

Saya amat menyokong perkara ini kerana kebiasaannya nyamuk akan membiak di tapak pembinaan dan kawasan perumahan. Selain itu, inisiatif ini dilihat seperti memudahkan kerja kerana mereka tidak perlulah menggunakan tenaga yang banyak untuk memantau kawasan. Malahan pula, drone sangat pantas untuk digunakan.

BACA JUGA :   Hilangnya Perikemanusiaan, Remaja Dipukul Kerana Curi Wang Datuknya

Melaka

Mudah untuk mereka melakukan kerja pemantauan hanya kepada kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Tambahnya lagi, penggunaan teknologi drone dalam operasi pemantauan diharapkan dapat melancarkan usaha membasmi pembiakan nyamuk aedes terutama yang terletak di dalam kawasan persendirian, bangunan tinggi dan premis terbiar.

Melaka

Kebolehan alat kawalan jauh bukan sahaja pada kebolehan untuk bergerak bebas bahkan ia mampu merakam gambar dan video untuk sebarang kegunaan pada masa depan.

“Skuad ini dianggotai oleh 5 anggota penguat kuasa yang bertanggungjawab menjalankan pemetaan gambar di setiap lokasi yang dilanda wabak denggi merangkumi kawasan seluas 100 hingga 200 meter persegi,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ghazali berkata, kes denggi di negeri itu mencatatkan penurunan sebanyak 72 kes sehingga 7 Februari lalu berbanding 248 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

BACA JUGA :   Remaja 13 Tahun Ini Hidap Kencing Manis Kronik Gara-gara Minum Air Bergas Setiap Hari

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here