laguna

Kejadian ikan timbul di permukaan yang berlaku baru-baru ini mengejutkan orang ramai yang menyaksikannya. Kejadian itu berlaku di sekeliling pantai Laguna Bushells yang terletak di bahagian barat laut Sydney, Australia.

 

Loading...

Kejadian itu disaksikan pada Ahad lalu yang mana ratusan ikan dan belut ditemui mati.

Menurut jurucakap Rangkaian Alam Sekitar Hawkesbury (HEN), Richie Benson yang bertindak sebagai organisasi pemantau laguna terkejut apabila anggota melihat kejadian itu kerana ianya belum pernah berlaku dan ini adalah kali pertama.

laguna
burung Pelikan ditemui mati

Selain itu, mereka turut dikejutkan dengan kejadian sama berlaku yang mana burung pelikan, kura-kura dan juga belut dikatakan turut mati di beberapa Laguna berdekatan.

Menurut jurucakap (HEN), Richie berkata “ketika menjalankan tugas sebagai pemantau di Laguna Bashells, saya melihat ikan dan belut terapung di permukaan air turut mendapati ianya sudahpun mati.

laguna
belut yang keluar ke permukaan air

“Sepanjang hidup saya, ini adalah yang pertama kali kejadian sebegini berlaku dan saya saksikan sendiri di depan mata,” tambahnya lagi.

“Bau bangkai yang sangat busuk dan ianya boleh menyebabkan air Laguna beracun terutama sekali selepas beberapa hari kematian haiwan tersebut.”

laguna
kura-kura turut ditemui mati

Disebabkan itu HEN bercadang untuk melaksanakan rancangan pemulihan semula air yang tercemar itu sebagai langkah menjaga nilai estetika laguna tersebut.

Menurut Richie lagi, punca kematian haiwan tersebut adalah kerana pertembungan suhu panas dan keadaan paras air yang terlalu cetek. Belut yang keluar itu bertujuan untuk mendapatkan oksigen, namun malangnya ia mati kekeringan.

Diharapkan juga agar pihak berkaitan Laguna supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani maslah tersebut dan sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here