Satu laporan yang diterima oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), berkenaan hidupan liar orang utan dibunuh di Sabah. Walau bagaimanapun, (SWD) menyangkal laporan media asing yang mendakwa bahawa 6,100 orang utan telah dibunuh di Sabah antara 1999 dan 2015.

hidupan

Loading...

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata dalam satu kenyataan pada Ahad lalu, laporan itu tidak berasas kerana ia berdasarkan dapatan penyelidikan tanpa fakta dan bukti kukuh dikemukakan oleh tiga saintis yang berpangkalan di Sabah.

Berkenaan hal itu, beliau berkata, penemuan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal PLOS pada 2004 menganggarkan bahawa populasi orang utan di Sabah ialah 11,000 dan bahawa pada masa kajian dijalankan, 60 peratus daripada populasi orang utan di Sabah dipercayai tinggal di luar kawasan-kawasan yang dilindungi.

BACA JUGA :   Shafie Apdal Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi Sebaik Sahaja Ditahan SPRM

hidupan

Menurut beliau lagi, berdasarkan penemuan penyelidikan itu, kerajaan negeri Sabah melakukan usaha yang sangat serius untuk meningkatkan perlindungan populasi Orang utan di Sabah dengan mengisytiharkan dan mewartakan lebih banyak kawasan dilindungi dan kawasan yang lebih besar.

hhidupan

Beliau merujuk kepada laporan media asaing berdasarkan jurnal Current Biology yang dikarang oleh Maria Voigt dan hasil karangan bersama, antara lain, oleh Dr Marc Ancrenaz dari HUTAN yang berpangkalan di Sukau, Kinabatangan dan Dr Benoit Goossens, Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Susulan Kes Songlap RM1.5 Bilion, Shafie Apdal Serah Diri Untuk Disoal Siasat SPRM

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here