Minggu lalu, tular dilaman sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp, seorang warga emas ditendang ketika menunggang motosikal selepas pulang dari Masjid. Dalam kejadian jam 3 petang itu, video berdurasi 1 minit 22 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang menunggang motosikal menghimpit warga emas berusia 60 tahun tersebut sebelum menendangnya.

 Warga emas tersebut mengalami luka di beberapa bahagian badan serta sakit dada akibat ditendang seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika sedang menunggang motosikal di kawasan Gurney Drive, di sini pada Sabtu lalu.

Loading...

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 60 tahun baru balik dari masjid dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari lokasi kejadian.

BACA JUGA :   Rantai Leher Ibu Hilang Ketika Dirawat, Individu Ini Kecewa Dengan Kakitangan Hospital Yang Tidak Jujur

“Semasa mangsa sedang menunggang motosikal, seorang lelaki yang tidak dikenali turut menunggang motosikal memotong kenderaan warga emas itu dan telah bertindak menendangnya sehingga terjatuh.

tular

Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan ditahan di wad kerana mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian badan serta sakit dada.

tular

Katanya susulan kejadian itu, anak lelaki mangsa semalam membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpa bapanya.

Anuar berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa tidak mengenali lelaki yang menendangnya dan tidak berlaku perselisihan faham atau bergaduh dengan sesiapa sebelum kejadian berkenaan.

tular

Menurut laporan dari¬†BERNAMA, “setakat ini polis telah berjaya mengesan seorang wanita yang merakam kejadian itu dari dalam keretanya dan dia akan hadir memberi keterangan serta menyerahkan rakaman asal insiden tersebut,” katanya.

BACA JUGA :   Musim Banjir Berterusan Mungkin Memaksa Pilihan Raya Diadakan Pada Tahun Hadapan

Beliau berkata polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here