Sensasi terbaru berkaitan dengan persembahan mengagumkan oleh pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah di Anfield disanjung peminat kerana prestasi yang sangat memberangsangkan.

Salah

Loading...

Salah disanjung peminat kerana kehebatannya di padang dan peminat mula bersorak untuk memeluk agama Islam sebagai penghormatan kepada idola baru mereka.

Peminat Liverpool yang datang untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka menyanyikan lagu dengan mengubah lirik lagu popular era 90-an, ‘Good Enough’ oleh Dodgy kepada: “Jika dia menjaringkan beberapa lagi gol, jadi saya juga akan menjadi seorang Muslim!”

Salah

Menurut Piara Powar merangkap Pengarah Eksekutif Bola Sepak Menolak Perkauman di Eropah (FARE), ia adalah perkara baru yang disaksikan olehnya. Pertama kali dia melihat penghargaan yang positif, jelas, bersemangat dan membabitkan agama.

BACA JUGA :   Mo Salah Disenarai Sebagai Calon Undi Jadi Presiden Mesir

The Reds meraih kemenangan besar 5-0 ke atas kelab Portugal, Porto pada aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di gelanggang lawan pada Khamis lalu.

Salah

Pemain kelahiran Mesir itu menjadi pemain kedua terpantas Liverpool menjaringkan 30 gol semusim dalam hanya 36 penampilan bersama kelab Merseyside itu.

Salah merupakan seorang permain taktikal yang terkenal untuk melemahkan semangat pemain, mengawal bola dan menjaringkan gol dengan baik.

Beliau merupakan pemain sayap yang penting untuk membuat hantaran kepada para penyerang. Beliau juga digelar sebagai “Messi Mesir”.

Salah

Selepas menandatangani kontrak bersama Chelsea, pengurus Jos√© Mourinho berkata tentang Salah: “Beliau muda, beliau laju, beliau kreatif, beliau bersemangant. Apabila kita menganalisis dia di padang, kita mendapati dia personaliti yang merendah diri di padang dan sentiasa bersedia untuk bermain untuk pasukan.”

BACA JUGA :   MAS Berhasrat Ingin Sambung Penajaan Mereka Terhadap Liverpool FC?

 Mourinho mendapati Salah pemain yang berbakat tinggi setanding Oscar dan Robben.

Pemain terbaik Afrika ini adalah seorang muslim yang taat dan sering meraikan jaringannya dengan melutut di padang dan bersyukur.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here