Sumpah-sumpah adalah sejenis reptilia, mempunyai kulitnya biasanya berwarna hijau atau coklat dan boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling.

Pengintip Barat menggunakan sesumpah yang mampu “menarik gelombang atom” untuk mengintip program nuklear republik Islam itu, kata bekas ketua staf angkatan tentera Iran.

Loading...

Penasihat ketenteraan kanan pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei, Hassan Firuzabadi berkata demikian ketika menjawab soalan media tempatan mengenai penahanan beberapa pengkaji alam sekitar di negara itu baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak mengetahui perincian kes itu, namun mendakwa Barat sering menggunakan pelancong, saintis dan pencinta alam sekitar untuk mengintip Iran.

Senegal chameleon

Beberapa tahun lalu, ada individu datang ke Iran bagi mengutip bantuan untuk Palestin. Kami curiga dengan laluan pilihan mereka.

BACA JUGA :   Malaysia Diiktiraf Sebagai 'Negara Contoh' Oleh Liga Islam Sedunia

Mereka memiliki pelbagai jenis spesies reptilia gurun seperti cicak dan sumpah-sumpah. Kami mendapat tahu bahawa kulit haiwan ini menarik gelombang atom.

“Mereka adalah pengintip nuklear di Iran yang mahu mencari lombong uranium serta lokasi aktiviti nuklear negara ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan berita pencinta alam sekitar keturunan Iran-Kanada, Kavous Seyed Emami maut di dalam penjara selepas ditahan bersama beberapa ahli kumpulan NGO hidupan liar beliau bulan lalu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Malaysia Diiktiraf Sebagai 'Negara Contoh' Oleh Liga Islam Sedunia

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here