mawi

Sebelum ini Mawi hanya sekadar mengenali Syamsul Yusof namun tidaklah rapat seperti sekarang. Tetapi selepas Mawi berduet bersama Syamsul dalam sebuah lagu yang bertajuk Kalah Dalam Menang, mereka semakin akrab menjalin persahabatan.

mawi

Loading...

Pada ketika itu juga Mawi mengatakan ia merupakan satu peluang untuk beliau meminta tunjuk ajar dalam mengendali dunia perfileman. Pengarah Datuk Syamsul Yusof bukan sahaja merupakan pengarah pecah panggung, tapi beliau juga adalah seorang yang suka berkongsi ilmu perfilemannya kepada Mawi.

Jika sebelum ini beliau menjadi tontonan di pentas dan kaca TV namun kali ini beliau beralih ke belakang tabir. Beliau menjadi pengarah kepada filem terbitan syarikat produksi miliknya, Mawi World Production Sdn Bhd.

Kini Mawi juga sedang sibuk dalam pergambaran filem pertamanya yang masih belum ditentukan judulnya. Dalam filem bergendre itu dibintangi oleh Hazama, Joey Daud, Along Cham, dan Amira Othman.

Pengalaman Mawi sebelum ini yang mengarahkan lima telefilem bawah terbitan syarikatnya iaitu Pak Nik Ibu Kirim Salam, Jiwa Kacau, Siapa Dapat Lisa, Novel Fana dan Rock Sangkut. Pastinya pengalaman beliau akan membantunya dalam penerbitan filem akan datang.

BACA JUGA :   KL Special Force Arahan Syafiq Yusof Menampilkan Aksi Penuh Debaran!

Sehubungan dengan itu, sahabat beliau Syamsul juga telah memberi keyakinan kepada penyanyi Mawi untuk mengarah filem terbitan syarikat produksi miliknya, Mawi World Production Sdn Bhd itu. Beruntung Mawi dapat sahabat seperti Syamsul yang sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya baru beliau.

“Saya tidak menyangka dapat menyimpang dalam bidang perfileman, menyimpang dari dunia nyanyian sebelum ini dan lebih kepada kerja belakang tabir.

“Saya juga sangat beruntung kerana menemui sahabat seperti Syamsul Yusof yang tidak lokek berkongsi ilmu dan banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang perfileman ini,” katanya.

“Dahulunya saya mempunyai impian dalam bidang ini, dan hari ini Allah menemukan jalan untuk saya yang mana impian itu sudah 5 tahun terpendam dalam diri ini,” katanya lagi.

mawi
gambar hiasan

Dua sahabat itu juga telah berbincang tetang idea dan skrip sejaki awal lagi, sebelum memulakan sesi pergambaran. Mengenai filem bergendre Islamik Komedi ia mempunyai ruang kosong kerana jarang diketengahkan dalam industri perfileman.

Bagi menghasilkan filem tersebut Mawi telah membelanjakan sebanyak RM1.5 juta dengan keyakinan yang diberikan oleh sahabatnya, dan sepatutnya ia menyaksikan Syamsul untuk beraksi dalam lakonan itu. Disebabkan jadual terlalu sibuk, beliau tidak dapat menyertainya.

BACA JUGA :   KL Special Force Arahan Syafiq Yusof Menampilkan Aksi Penuh Debaran!

“Syukur Alhamdulillah filem ini sudahpun hampir ke penghujungnya in-shaa-Allah, saya berharap filem ini mendapat sambutan penonton pada akhir tahun ini,” tambahnya lagi.

Telefilem Rock Sangkut yang diarahkan pada 2014 menjadi pilihan beliau untuk disambung semula kerana dilihat ia adalah yang banyak mendapat bualan dan beberapa babak dalam filem tersebut telahpun menjadi viral.

mawi

“Saya telah kaji kelemahan dalam tayangan sebelum ini dan kelemahan itu akan diperbaiki. Saya bukannya berpengalaman, jadi sudah tentu banyak kelemahan harus diperbaiki.” ujarnya.

mawi
Joey Daud – Hazama – Along Cham

Sungguhpun begitu, watak utama iaitu Hazama, Along dan Joey juga mendapat banyak permintaan supaya mengekalkan mereka dalam tanyangan akan datang.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here