Damai Seketika Di Kem Pelarian

Komuniti pelarian Rohingya di Malaysia memuji tindakan kerajaan untuk membina sebuah hospital yang menelan belanja RM 3.5 juta di kem pelarian Cox Bazar yang terletak di Bangladesh.

Pembinaan hospital tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan tujuan untuk merawat pelarian Rohingya yang tercedera dan juga terdesak untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

kem pelarian
Kunjungan TPM ke kem pelarian Cox Bazar baru-baru ini.
Loading...

Hospital yang bakal dibina nanti akan mempunyai 50 buah katil. Kementerian Kesihatan juga akan menghantar doktor pakar, jururawat serta pembantu perubatan di hospital tersebut. Kira-kira 35 orang kakitangan perubatan akan ditempatkan di sana.

Buat masa sekarang, kerajaan Malaysia sedang menghantar ramai lagi doktor secara berperingkat ke setiap kem pelarian di Cox Bazar.

BACA JUGA :   Militan ARSA Bangkit Melawan Tentera Myanmar, Penduduk Rohingya Terpaksa Larikan Diri
kem pelarian
Sumber foto : Berita Harian

Selain daripada hospital, bantuan dari segi makanan, ubat-ubatan dan bekalan air bersih juga perlu diberikan.

Lebih penting, penyediaan tandas harus disiapkan dengan segera. Kekurangan tandas mendatangkan banyak masalah dari sudut kebersihan kepada pelarian dan menyebabkan ramai yang mudah jatuh sakit.

Meskipun tindakan mulia Malaysia itu dipuji oleh komuniti Rohingya, namun sebenarnya ada beberapa isu lebih besar yang perlu difikirkan.

)

Kerajaan sememangnya cuba membantu pelarian ini dengan sebaik mungkin. Pembinaan hospital akan dapat memastikan mereka berasa selamat di kem tersebut dan tidak lagi menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.

Persoalannya, apakah langkah penyelesaian jangka masa panjang buat pelarian Rohingya di Bangladesh ini ?

BACA JUGA :   Benarkah Susu Marigold HL Tidak Boleh Diminum Kerana Menyebabkan Keracunan?

Adakah mereka perlu tinggal di kem pelarian itu buat selama-lamanya ?

Sampai bila mereka perlu hidup dengan mengharapkan belas ihsan daripada orang luar ?

Sumber foto : CNN
BACA : Israel Terus Bekalkan Senjata Kepada Myanmar Untuk Hapuskan Muslim Rohingya

Justeru, diharapkan pihak kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dapat duduk semeja bagi mencari solusi masa panjang bagi pelarian di kem tersebut.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik dan diolah daripada NST

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here