Sumber foto : World of Buzz

Melancong ataupun makan angin di negara orang semestinya memberikan keseronokan dan pengalaman yang tak akan dilupakan. Semuanya merupakan detik-detik indah belaka. Namun, pernahkah anda terfikir apa akan jadi sekiranya tiba-tiba anda dapati passport anda hilang ketika di luar negara ?

Sejujurnya, kehilangan passport di luar negara memang sangat leceh dan menyusahkan. Tanpa passport, anda seperti sudah kehilangan identiti diri. Anda juga tidak dibenarkan untuk menaiki flight dan ini bermakna anda tidak akan dapat pulang ke negara asal tanpanya.

Apa-apapun, anda tidak perlu panik. Ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan sekiranya situasi ini berlaku kepada anda.

1.Buat Laporan di Balai Polis Berdekatan

Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah membuat laporan polis secepat yang mungkin. Ini bagi mengelakkan identiti anda dicuri dan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kebiasaannya, anda akan diminta untuk memberikan kenyataan menceritakan bagaimana passport anda hilang. Semak kenyataan anda bagi memastikan ianya tepat.

Laporan bertulis ini sangat penting dan akan menjadi bukti anda tidak bersalah sekiranya nama anda disabitkan dengan kesalahan jenayah semasa tempoh kehilangannya.

2.Pergi ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara Tersebut

Pejabat Kedutaan Malaysia di Korea

Setelah laporan polis dibuat, anda harus berhubung dengan pejabat kedutaan Malaysia di negara tersebut. Pastikan anda memberikan keterangan yang tepat mengenai tujuan anda memasuki negara itu beserta perancangan anda untuk kembali ke Malaysia, sekiranya ada.

Alamat dan nombor telefon kedutaan boleh didapati di website Kementerian Luar Negeri diĀ kln.gov.my

Sebagai peringatan, anda dinasihatkan untuk menyimpan siap-siap alamat dan nombor telefon pihak kedutaan di negara yang anda ingin kunjungi itu.

Untuk menjimatkan masa, pastikan anda pergi ke kedutaan dengan membawa segala dokumen sampingan yang mustahak termasuklah gamba bersaiz passport, lesen memandu dan salinan tiket flight anda serta perkara-perkara lain yang dirasakan perlu.

3.Memohon Sijil Passport Sementara

Sumber foto : toodia.my

Bagi rakyat Malaysia, kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil passport sementara jika ianya hilang ketika di luar negara. Ada beberapa bukti yang perlu anda kemukakan untuk menerima sijil passport sementara ini:

  1. Salinan laporan polis
  2. Dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat Malaysia
  3. Borang permohonan ( ini akan diberikan oleh pihak kedutaan )

Harus diingat, sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia (1 hala sahaja). Apabila tiba di Malaysia, anda perlu memohon passport baru.

Akhir kata, bawalah salinan passport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting setiap kali anda ingin pergi ke luar negara sebagai persediaan. Kita tak boleh jangka sama ada perkara ini akan berlaku ataupun tikda. Bak kata orang, malang tidak berbau.

Teruskan layari Deenamik.com dan like Facebook PageĀ Deenamik untuk terus dapatkan tips-tips travel di dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan/artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber :

Refinery29

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here