Piala AFF 2018

Skuad Harimau Malaya telah diundi bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos di dalam Kumpulan A untuk saingan Piala AFF 2018, di dalam satu undian yang dijalankan di Jakarta, Indonesia semalam.

 

Bagaikan satu kebetulan, Kemboja, Vietnam dan Myanmar juga pernah berada dalam satu kumpulan yang sama dengan Malaysia semasa Piala AFF edisi 2016. Malangnya, pada tahun itu Malaysia gagal melayakkan diri melepas peringkat kumpulan.

Justeru, diharapkan agar deja-vu pada 2016 tidak kembali berulang buat anak-anak buah Tan Cheng Hoe.

Piala AFF 2018
Keputusan undian peringkat kumpulan. Sumber foto : Goal.com

Kumpulan B pula menyaksikan Thailand diundi bersama Indonesia, Filipina, Singapura dan bakal disertai oleh pemenang perlawanan play-off di antara Brunei dengan Timor Leste.

Untuk edisi kali ini, beberapa perubahan besar telah dilakukan sejak Piala AFF mula dianjurkan pada 1996. Salah satunya adalah penukaran logo rasmi pertandingan itu.

Berbanding hanya 8 negara yang mengambil bahagian sebelum-sebelum ini, Piala AFF 2018 bakal melibatkan 10 negara yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Piala AFF 2018
Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010.

Perubahan paling besar ke atas pertandingan ini adalah lokasi perlawanan tidak lagi diadakan di satu atau dua negara tuan rumah sahaja. Sebaliknya, setiap pasukan akan menghadapai 2 perlawanan di gelanggang lawan dan 2 perlawanan di gelanggang sendiri.

Piala AFF 2018 akan berlangsung pada 8 November hingga 15 Disember 2018. Malaysia akan bertandang ke Kemboja untuk perlawanan pertama pada 8 November, sebelum menerima kunjungan Laos pada 12 Disember.

Piala AFF 2018
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe

Selepas itu, Malaysia berdepan tugas getir apabila berdepan Vietnam di gelanggang lawan pada 16 November seterusnya menjadi tuan rumah kepada Myanmar untuk perlawanan terkahir peringkat kumpulan pada 24 November.

Berikut merupakan jadual lengkap untuk semua perlawanan bagi Piala AFF 2018 :

KUMPULAN A

8 November
Kemboja v Malaysia
Laos v Vietnam

12 November
Malaysia v Laos
Myanmar v Kemboja

16 November
Laos v Myanmar
Vietnam v Malaysia

20 November
Myanmar v Vietnam
Kemboja v Laos

24 November
Vietnam v Kemboja
Malaysia v Myanmar

KUMPULAN B

9 November
Singapura v Indonesia
Pemenang Play-off v Thailand

13 November
Indonesia v Pemenang Play-off
Filipina v Singapura

17 November
Pemenang Play-off v Filipina
Thailand v Indonesia

21 November
Filipina v Thailand
Singapura v Pemenang Play-off

25 November
Thailand v Singapura
Indonesia v Filipina

PERINGKAT KALAH MATI

1 Disember (Semi-finals 1st leg)
Naib Juara Kumpulan A v Juara Kumpulan B  *Match 21

2 Disember (Semi-finals 1st leg)
Naib Juara Kumpulan B v Juara Kumpulan A  *Match 22

5 Disember (Semi-finals 2nd leg)
Juara Kumpulan B  v Naib Juara Kumpulan A *Match 23

6 Disember (Semi-finals 2nd leg)
Juara Kumpulan A v Naib Juara Kumpulan B *Match 24

11 Disember (Final 1st leg)
Pemenang Match 21 & 23 v Pemenang Match 22 & 24

15 Disember (Final 2nd leg)
Pemenang Match 22 & 24 v Pemenang Match 21 & 23

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here