Ariani

Ariani

Loading...

Buat peminat tegar tudung jenama Ariani, anda tidak perlu risau dan bimbang, lebaran ini anda bakal tampil bergaya dengan koleksi hijab eksklusif edisi lebaran bersama Ariani dan anda hanya boleh dapatkan di 430 rangkaian Guardian di seluruh Malaysia sahaja.

Bertemakan ‘mekar’, didatangi dengan empat cetakan tudung eksklusif menggunakan material berkualiti tinggi menerusi inspirasi flora tempatan dengan paduan rona lembut dan menarik itu dijual pada harga antara RM29.90 hingga RM89.90, bermula 1 Mei hingga 27 Jun.

Ariani

Empat koleksi itu adalah essential basic shawl (kosong), blush printed square (tudung empat segi), blooming printed shawl (selendang) dan florescence premium shawl.

Keluaran kali ini bakal menepati selera pelanggan kerana ia memiliki perincian halus, eksklusif, sopan dan kontemporari serta praktikal.

BACA JUGA :   Celcom Lebih Banyak Keistimewaan Dengan Pelan Pasca Bayar Baharu

Kerjasama yang dijalankan antara peneraju perniagaan kesihatan dan kecantikan, Guardian Malaysia dengan jenama fesyen tudung, Ariani dilihat rasional bagi memenuhi keperluaaan pelanggan secara menyeluruh. Selain, memberikan impak positif kepada pelanggan Ariani kerana mereka hanya boleh dapatkan tudung pilihan mereka hanya di Guardian Malaysia.

Ariani

Anda boleh mendapatkan edisi lebaran ini dengan potongan harga antara 54% hingga 57% lebih rendah berbanding harga dipasaran.

Cetakan eksklusif tudung kali ini tampil dengan corak yang lebih segar, material ringan, tahan lasak dan boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya.

Ariani

Jadi, kepada anda diluar sana yang mahukan tudung eksklusif edisi lebaran dari Ariani, cepat-cepatlah serbu Guardian yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan koleksi kegemaran anda. Tampil lebih menawan dengan tudung eksklusif Ariani di hari lebaran nanti.

BACA JUGA :   Isu Wanita Islam Tidak Boleh Bertudung Ketika Bekerja Di Hotel, Ini Respon 'Panas' Dari PPIM

Sumber: Berita Harian

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here