ECRL

Rakyat Malaysia boleh menarik lafaz lega apabila Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bakal mengadakan kempen untuk pengambilan pekerja di Bentong, Pahang. ECRL akan membuka peluang kira-kira 70 peratus untuk pekerja tempatan dalam pembinaan infrastruktur kereta api berimpak tinggi.

Menurut pemilik ECRL iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), kempen ini akan dijalankan sehari di Dewan Perbandaran Cina Bentong pada 4 Mei (esok) mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang.

ECRLSelaras dengan itu, Bentong mempunyai penduduk lebih 100,000 orang dan bakal mempunyai sebuah stesen kargo dan penumpang mengikut Skim Keretapi ECRL untuk Fasa 1, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada Jun 2017.

Stesen Bentong bakal menjadi antara lapan stesen di Pahang di bawah penjajaran ECRL.

Peluang pekerjaan ini membuka ruang kepada bakal pekerja pengurusan, kejuruteraan, pengurusan pembinaan, perdagangan dan kontraktor serta kerja makmal. Selain itu, graduan baharu dalam kejuruteraan awam serta pekerja pembinaan berkemahiran, separuh mahir, terutamanya berumur 18 hingga 35 tahun digalakkan menghadiri temuduga.

Kempen ini juga menawarkan peluang pekerjaan kepada pekerja konkrit, pengimpal, juruelektrik serta pengendali jentera pengorek.

ECRLCalon yang layak, akan berpeluang untuk menjalani Program Latihan Kemahiran Perindustrian ECRL selama tiga bulan. Bertujuan untuk melatih rakyat Malaysia dengan set kemahiran teknologi kereta api. Apabila tamat, pelatih akan diserap sebagai pekerja sepenuh masa.

ECRLCalon hanya perlu membawa resume, foto berukuran passport serta Salinan asal dan fotokopi sijil pendidikan semasa temuduga.

Kempen pengambilan pekerja di Bentong  adalah sebahagian daripada kempen yang telah bermula Mac lalu, meliputi kawasan penjelajahan di seluruh negara yang melibatkan Kuala Lumpur, Kota Bharu, Dungun dan Kuantan.

Orang ramai yang mempunyai kemahiran terutamanya bagi yang belum mempunyai pekerjaan dan graduan lepasan institusi, anda disarankan untuk merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan taraf ekonomi diri, keluarga dan negara.

Sumber : BERNAMA

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here