Tanggal 2 Julai 2018, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan peletakan jawatan secara ‘live’ sebagai pembaca berita oleh salah seorang pembaca berita TV3 paling legend, Izwan Azir Saleh.

tv3
Sumber: https://bm.cari.com.my

Pembaca berita dengan wajah kacak ini sentiasa menghiasi Buletin Utama dan siaran langsung di luar kawasan dengan penyampaian berita yang sangat bagus.

Izwan Azir menyampaikan berita terakhir beliau di Buletin Utama malam tadi selepas berkhidmat selama 19 tahun bersama Media Prima.

Sebelum ini, ramai masyarakat yang menghina dan mencaci beliau atas isu politik yang disampaikan sehingga ada yang mendoakan neraka untuknya.

tv3

Walaupun sedih dan hampir kecewa, Izwan tetap bertahan dan menganggap bahawa pengalaman pahit itu sebagai penguat dirinya sepanjang bergiat dalam dunia media.

Beliau merupakan seorang yang sangat berfikiran positif dan tidak cepat melatah sehingga masih lagi melahirkan rasa syukur dan mendoakan yang terbaik untuk orang yang mengecamnya itu.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Drama Nur Dikritik Oleh Segelintir Golongan Agamawan
Sumber: http://terbakor.com

Menurut Izwan, beliau hanya menjalankan tugas dengan sebaiknya dan semua rakan kerja di TV3 amat mengenali dirinya yang kurang gemar untuk berbahas tentang isu politik.

Beliau juga menyifatkan sesetengah masyarakat di luar sana selalu bercakap sesuka hati tanpa memikirkan keadaan orang lain.

tv3
Sumber: http://www.ohmedia.my

Ketabahan beliau dalam dunia media merupakan antara salah satu sikap yang wajib dicontohi bagi sesiapa sahaja yang menceburi bidang seperti ini.

Orang luar tidak akan faham keadaan dirinya selagi mereka tidak masuk ke dalam bidang pekerjaannya itu.

Sumber: http://www.ohmedia.my

Walau bagaimamanapun, Izwan merupakan antara pembaca berita yang paling lama berkhidmat dengan Media Prima.

Beliau sentiasa disenangi dan sering dijadikan rujukan oleh rakan seperjuangannya, bukan sahaja daripada TV3 sendiri, tetapi juga syarikat media dan komunikasi yang lain.

BACA JUGA :   Buku Kerana Syurga Bukan Percuma Ini Umpama Penawar Untuk Hati Hamba-Nya Yang Lalai

Ramai netizen yang menzahirkan rasa sebak dengan peletakan jawatan Izwan sebagai pembaca berita. Beberapa rakan artis dan rakan seperjuangannya juga turut merasakan hal yang sama.

 

tv3
Sumber: http://ohbulan.com/

Oleh itu, ,mari sama-sama berdoa agar Izwan terus berjaya dalam hidup dan terima kasih kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here