Jampi Hael Husaini Menjadi!

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL) yang menjanjikan saingan sengit daripada penyanyi-penyanyi terkenal di Malaysia, akhirnya melabuhkan tirainya semalam. Untuk edisi kali ini, lagu berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul juara. Pastinya ramai sudah menjangkakan lagu ini adalah antara lagu yang cukup berpotensi untuk meraih juara, kerana irama dan melodinya yang begitu memukau.

Jampi
Anugerah Juara Lagu 32

Tidak dinafikan, semua penyanyi telah memberikan persembahan yang terbaik. Mungkin ada di antara anda yang merasakan lagu lain lebih layak untuk memenangi edisi kali ini. Tetapi mari kita lihat apakah X-Factor yang ada dalam lagu Jampi ini yang membuatkannya muncul juara.

Kemunculan Solo Pertama

Jampi merupakan percubaan pertama Hael Husaini secara solo. Jika anda masih ingat, Hael memulakan karier sebagai penyanyi melalui kumpulan duo Azhael yang menempa nama menerusi rancangan program realiti Akademi Fantasia 2013.

Jampi
Kumpulan duo Azhael yang muncul menerusi Akademi Fantasi 2013

Namun, mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing kerana komitmen dan cita-cita yang berbeza dalam bidang seni. Minat Azhar lebih kepada bidang lakonan setelah mendapat banyak tawaran, manakala Hael masih mahu terus dengan bidang nyanyian.

Aktif Cipta Lagu

Bakat anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut menyerlah dalam penciptaan lagu. Antara yang pernah menggunakan khidmat Hael ialah Amira Othman, Siti Nordiana, Nabila Razali, Datin Alyah dan Dayang Nurfaizah menerusi lagunya, Dia, yang menjadi lagu tema untuk drama bersiri.

Jampi hael amira othman
Hael adalah komposer bagi lagu Hati-Hati nyanyian Amira Othman

Hael menyedari kebolehannya melalui ciptaan lagu Hati-Hati, nyanyian Amira Othman dan sehingga kini  lebih 20 lagu dicipta untuk penyanyi baru mahupun yang sudah ada nama. Dengan adanya komposer berbakat seperti Hael ini, kita akan dapat saksikan ada nafas baru dalam industri seni tanah air.

Pilihan Para Juri Handalan

AJL tahun ini diadili juri profesional pelbagai latar muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Helen Yap, Sharon Paul, Datuk Ramli Sarip, Pak Ngah, Edrie Hashim dan Aizat Amdan. Setiap juri mempunyai latar belakang serta genre muzik yang berlainan. Jadi pemarkahan tidak lah berat sebelah kepada satu pihak sahaja.

Pujian juga harus diberikan kepada gandingan mantap Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad yang begitu cool dalam mengendalikan pentas besar AJL. Mereka kelihatan sangat tenang namun berjaya mencuit hati penonton dengan gelagat yang bersahaja.

Jampi
Gandingan mantap Alif Satar dan Sherry Al Hadad

Tidak dilupakan, tahniah juga kepada semua pemenang lain; Syamel, Ernie Zakri, Haqiem Rusli, Faizal Tahir, Azmi, Caliph Buskers serta Altimet yang menghangatkan lagi pentas AJL semalam. Kepada penyanyi-penyanyi lain, meskipun tidak membawa pulang apa-apa anugerah, namun semua peminat pastinya bangga dengan kalian kerana telah memberikan persembahan yang terbaik.

Jampi
Pemenang-pemenang AJL32. Sumber foto : Berita Harian

Syabas kepada Hael! Pastinya lagu Jampi ini akan menjadi nyanyian rata-rata rakyat Malaysia buat masa sekarang. Semoga kejayaan ini mendorong Hael untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang gempak selepas ini.

Teruskan layari  Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Sumber : The Vocket

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here