Integriti orang Jepun

Sikap integriti orang Jepun di lapangan terbang telah mendapat perhatian luar biasa. Menjalankan tugas macam boss mereka ada kat depan. Kerja memindahkan luggage atau bagasi di lapangan terbang Jepun yang dilakukan oleh beberapa orang staff sangat menarik perhatian kerana dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan berlakunya kerosakan.

 

Setiap pelancong pastinya mengharapkan barangan yang akan diambil apabila sampai ke destinasi mestilah dalam keadaan baik tanpa ada kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan maka sekali lagi duit terkeluar untuk menggantikannya dengan beg yang baharu. Membazir bukan??

Integriti orang Jepun
gambar hiasan

Berbeza dengan Jepun, mereka berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan risiko kerosakan barangan para pelanggan. Kerja yang dilakukan oleh staff lapangan terbang Jepun kini mendapat perhatian ramai menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Nohongo Wakaranai di laman Facebook. Video dirakam ketika sampai di lapangan terbang Jepun dan kelihatan staff lapangan sedang mengendalikan luggage dengan sangat cermat.

Cuba lihat video yang berjaya dirakamkan oleh salah seorang penumpang kapal terbang ketika sampai di lapangan terbang Jepun.

Manuseio de mala no Japão

Flagrante no aeroporto no Japão mostra como realmente os japoneses tratam a sua mala……..muitas vezes melhor que você mesmo

Posted by Nihongo Wakaranai on 1hb Februari 2018

Apa perasaan anda ketika melihat video pendek berdurasi 2:50 saat itu? Apa yang sedang bermain dalam fikiran anda ketika melihat kualiti pekerja tersebut? Amat menyentuh hati bagi setiap individu yang melihatnya.

Video tersebut telah dikongsikan oleh pengguna lain sebanyak 55,000 kali di facebook. Dilihat kerja staff lapangan terbang itu memang sangat berkualiti, tiada satu beg pun yang mereka baling masuk ke dalam small truck tersebut.

Sikap seperti inilah yang patut dicontohi oleh semua staff lapangan di seluruh dunia agar dapat menjamin kepuasan pelanggan. Tapi, kalau melihat kepada integriti orang Jepun mereka memang berada di tahap yang super power sebab sangat mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan.

Video tular itu turut menyumbang netizen memberi komen positif dan rata-ratanya mereka memberikan pujian kepada staff di lapangan terbang Jepun dan mereka memberikan cadangan agar semua staff yang bekerja di lapangan terbang haruslah bersikap seperti itu, serta mereka mahukan staff ini menjadi contoh di seluruh dunia.

Integriti orang Jepun
gambar hiasan

Alangkah baiknya jika luggage setiap pelanggan itu ditinggalkan dalam keadaan baik dan diambil semula juga masih dalam keadaan yang baik. Anda pula bagaimana, pernah mengalami kerosakan pada luggage ketika sampai ke destinasi?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : vocket

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here