Dalam ekonomi yang tidak menentu, ramai daripada kita tidak kira lelaki atau perempuan tuan muda, siang malam  mencari pendapatan sampingan bagi menambah kualiti hidup yang lebih terjamin. Namun, tahukah anda bahawa melalui Instagram juga anda mampu menjana pendapatan.

Zaman 2018, media sosial merupakan platform yang semakin popular untuk melakukan seperti hebahan berita, informasi, muat naik gambar, berkenalan, merapatkan hubungan dan sebagainya, selain itu, anda juga boleh menggunakan media sosial untuk menjana pendapatan ribuan ringgit!. Asalkan ada kemahuan dan minat, disitu ada jalan.

Loading...

Sudah ramai daripada kita berjaya menjana pendapatan melalui Instagram sehingga 4 angka. Namun mereka jenis yang tidak suka menunjuk-nunjuk pendapatan mereka perolehi.

Kenapa Perlu Guna Instagram Untuk Jana Pendapatan?

Tidak perlu buat kedai dan melaburkan banyak duit untuk pengiklanan. Instagram itu la merupakan kedai anda. Buat akaun Instagram tidak perlu buat pinjaman bank ribuan ringgit seperti mahu buat kedai dengan tiang-tiang dan atap segala.

Malahan kedai Instagram anda sentiasa terbuka 24 jam secara online.

BACA JUGA :   Notifikasi Screenshot Stories Instagram – Para Stalker Suka Atau Tidak?

pendapatan sampingan Berbeza Dengan Platform Lain. Keistimewaan Instagram ialah ianya dikhaskan sebagai tempat perkongsian gambar-gambar yang menarik. Terbaru,Instagram juga mengenalkan video dalam jangka masa 3 hingga 60 saat. Anda boleh memperkenalkan produk anda kepada pengikut anda di Instagram melalui penghasilan video yang menarik. Kerana pengikut lebih gemar menonton video yang menarik dan caption yang simple daripada ayat yang berjela-jela panjang.

Langkah untuk pemasaran melalui Instagram ialah, kumpul follower anda. Sekiranya anda ada kedai, kedai yang mempunyai produk atau servis yang unik lagi menarik. Tetapi kedai anda terletak di tengah hutan, mungkin haiwan liar saja yang masuk ke kedai. Ini samalah dengan kedai Instagram anda. Followers Instagram perlu ditingkatkan supaya Instagram gambar anda sampai ke pengetahuan targeted audience.

pendapatan sampingan

Berapa ramai follower pulak kena ada kalau nak buat duit dengan Instagram?

pendapatan sampingan

Menurut kajian, Huffingtonpost , anda perlu ada antara 5000 hingga 10000 followers. Pengikut yang ramai akan menyebabkan nilai Instagram anda mahal dan anda boleh kenakan bayaran yang tinggi untuk servis yang anda tawarkan. Ini akan menghasilkan pulangan yang lumayan.

BACA JUGA :   5 Tips Untuk Menambahkan Likes & Followers Anda di Instagram

Namun, anda perlu ingat, pengikut yang banyak di Instagram tidak semestinya membeli barangan anda.

Antara tips yang boleh kami kongsikan untuk  meningkatkan pengikut anda di instagram ialah, muat naik gambar stylo dan berkualiti, caption menarik, lengkap dengan hashtag, pastikan tiada labah-labah membuat sarng dalam akaun Instagram anda.

Kejayaan tidak datang bergolek. Usaha dan tawakal perlu ada dalam mencapai kejayaan. Antara sebab mengapa ramai yang tidak Berjaya buat duit menggunakan online ialah, tidak rajin update akaun Instagram, tidak sabar, tidak mahu majukan diri, dan lain-lain fikiran negatif dalam fikiran anda.

Anda pasti anda bersedia dan serius untuk menjana wang daripada Instagram? Untuk mengetahui tentang rahsia ini anda boleh dapatkat e-Book :Rahsia Dominasi Instagram.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Dedaun Comel

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here