polis maut

Seorang anggota polis maut ketika menunggang motorsikal BMW GS1200. Mangsa merupakan salah seorang anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling jaya.

polis maut
sumber foto : Harian Metro

Polis meminta individu terlibat untuk tampil ke balai polis untuk membuat laporan berkenaan dan bagi membantu siasatan lanjut.

Loading...

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkiefly Yahya, berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai ketika memandu dan menyebabkan kemalangan yang membawa kepada kematian.

polis maut

Kejadian pada jam 8.30 pagi, dipercayai melibatkan kereta pacuan empat roda dengan sebuah motosikal anggota polis. Dikatakan mangsa yang sedang menunggang motosikal BMW GS1200 dilanggar sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke pembahagi jalan konkrit di tengah jalan berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Koperal Wan Marecan Wan Mohammad, 51, anggota polis Cawangan Khas IPD Petaling Jaya. Anggota polis maut akibat cederah teruk pada bahagian perut mangsa.

Kejadian itu juga ketika sedang menuju ke arah Selayang dan menunggang secara bersendirian.

“Pada awalnya siasatan mendapati mangsa terbabas menyebabkan tercampak ke pembahagi jalan, namun pada waktu petang kami mendapat laporan bahawa mangsa dilanggar oleh sebuah kenderaan lain.

polis maut

“Kami meminta individu terlibat untuk membuat laporan terus dalam tempoh 24 jam, dan jika gagal berbuat demikian ia adalah satu kesalahan yang akan ditanggung oleh individu terbabit,” katanya.

Bantuan daripada orang ramai yang melihat kejadian tersebut amat diharapkan. Hal ini bagi membantu serta melanjutkan lagi siasatan berhubung kes tersebut.

Kes ini juga tidak akan berakhir sehingga menemui individu bersalah dalam tragedi yang mengorbankan nyawa seorang anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here