Tahukah anda!!! Masih ramai yang belum mengetahui sebenarnya setiap alat timbang sukat yang diguna pakai oleh para peniaga sama ada di pasar malam mahupun di gerai tepi jalan sebenarnya perlu mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa selain turut mempunyai tempoh tentu sah penggunaannya.

penipuan alat timbangtidak tahu atau tidak kisah, ramai daripada kita menjadi mangsa penipuan segelintir peniaga yang mengejar keuntungan secara keterlaluan termasuklah menipu dalam urusan sukatan dan timbangan.

Melalui perkongsian satu video di laman facebook, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), terdapat pelbagai maklumat yang perlu diambil perhatian oleh pengguna sebagai panduan supaya tidak tertipu oleh peniaga.

Di dalam video tersebut, pihak KPDNKK berkongsi maklumat bahawa para peniaga sebenarnya perlu mematuhi beberapa peraturan dalam penggunaan alat timbang sukat ketika menjalankan urusan perniagaan.

BACA JUGA :   Kementerian Kesihatan Akui Harga Ubat-Ubatan Bakal Naik Setiap Tahun ?

Peniaga perlu memastikan alat timbang sukat yang diguna pakai mendapat pengesahan daripada Metrology Corporation Malaysia (MCM), sebuah badan yang ditubuhkan bagi membuat semakan dan membuat tentu sah terhadap semua jenis alatan menyukat dan mengukur yang diguna pakai dalam urusan perniagaan dalam negara.

penipuan alat timbang

Bagi pengguna pula, mereka boleh menyemak sama ada alat timbang sukat itu telah ditentu sah oleh MCM dengan melihat kepada satu pelekat berwarna hijau, kebiasaannya di lekat pada bahagian depan penimbang.

Pada pelekat tersebut juga tertera satu tarikh yang menetukan tempoh sah laku alat timbang sukat tersebut untuk digunakan oleh penjual.

Jadi, kepada anda pengguna di luar sana, sila pastikan anda menggunakan hak anda sebagai pengguna dengan menuntut peniaga untuk menggunakan alat timbang sukat yang sudah ditentu sah oleh MCM selain ia masih dalam tempoh penggunaan yang dibenarkan.

BACA JUGA :   Salah ke Menjual Barang Tiruan? dirampas dan didenda.

penipuan alat timbang

Jika pengguna melihat atau mengetahui berlaku penyelewengan dan penipuan, aduan boleh dibuat kepada KPDNKK melalui laman web https://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk atau terus ke cawangan berhampiran.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Kaki Sini

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here