Salah ke Menjual Barang Tiruan? dirampas dan didenda.

0
1386

Jenama tiruan menjadi pilihan orang ramai kerana murah dan bergaya. Namun, tetap salah di sisi undang-undang melibatkan hak cipta dan pattern.

Pihak yang menjual barang atau jenama tiruan ini sentiasa wujud kerana permintaan tinggi daripada pembeli. Yelah, barang yang murah dan design yang cantik walaupun tiruan tetap ada pembeli.

Lyuvi6qk o

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merampas sebanyak 7 561 pasang kasut dan selipar tiruan. Ia membabitkan enam jenama terkenal yang bernilai RM55 449.

Rampasan itu hasil serbuan di tiga premis sekitar Menglembu di Ipoh. Operasi ini dijalankan bermula pada pukul 3 petang. Operasi ini telah melibatkan 16 pegawai dan anggota penguat kuasa.

Hpxistev o

Menurut Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan merupakan Timbalan Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Perak operasi ini akan sentiasa dijalankan. Serbuan ini dijalankan berdasarkan aduan wakil Cap Dagang dan risikan pihaknya selama tiga minggu.

BACA JUGA :   Cara Kenal Pasti  Penipuan Melalui Alat Timbang Di Pasar.

“Antara barangan tiruan yang dirampas adalah berjenama Nike, Adidas, Gucci, Hermes dan Converse.

“Seorang lelaki dipercayai pengurus premis berusia 50-an dan seorang pekerja berusia 40-an ditahan di salah sebuah premis berkenaan,” katanya pada sidang media di sebuah premis diserbu, hari ini. (Sumber: Metro)

Kykekln8 o

Mereka yang terlibat dalam menghasilkan atau menjual produk tiruan tidak akan terlepas daripada undang-undang. Mereka akan dikenakan denda dan mempunyai tahap denda.

“Denda perseorangan pula adalah tidak lebih RM10 000 bagi setiap barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan seterusnya boleh dikenakan denda tidak lebih RM20 000 bagi setiap barang atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” (Sumber: Metro)

BACA JUGA :   RM 1.1 Bilion: Penamat Teka-Teki Isu Harta Rampasan Milik Najib

D7zg0uda o

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang mana syarikat akan didenda tidak melebihi RM15 000 bagi setiap barang kesalahan pertama. Tiidak melebihi RM30 000 bagi setiap barang kesalahan kedua dan seterusnya, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan risikan, kasut dan selipar tiruan itu untuk pasaran sekitar Ipoh dan turut diniagakan di beberapa pasar malam dengan anggaran RM25 sepasang bagi kasut, selipar RM5 hingga RM7.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here