Isu pendaftaran yang sekian lama membelenggu sebahagian daripada penduduk di negara ini bakal berakhir apabila Kementerian Dalam Negeri mengumumkan akan memberikan kewarganegaraan kepada warga yang terjejas dengan isu ini.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata itu merupakan salah satu usaha dalam menangani isu rakyat yang tidak mendaftarkan kewarganegaraan sejurus selepas kelahiran yang sering berlaku dalam kelompok minoriti.

 

Warganegara Malaysia yang sah memiliki kad pengenalan Malaysia (Akma Megat)

Masalah pendaftaran warganegara ini berlaku apabila warga yang sudah lahir di sini dan sudah lama menetap tetapi mempunyai beberapa masalah berkenaan dokumen menyebabkan pendaftaran sukar untuk dibuat.

Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi membincangkan mengenai isu ini dengan lebih lanjut bagi mengatasi masalah mengenai pendaftaran kewarganegaraan ini. Jawatan yang akan dipegerusikan bersama Menteri Sumber Manusia, M. Kulagesaran merupakan salah satu manifesto kerajaan Pakatan Harapan.

BACA JUGA :   Ambil Pesanan Pada Bila-Bila Masa Menerusi Platform Online Bersama Safer Food Merchant

Tambahnya lagi, mereka yang akan diberikan kewarganegaraan ini akan dikaji berdasarkan perlembagaan dan kemanusiaan serta atas kes-kes tertentu, memetik laporan daripada Free Malaysian Today.

Turut menjadi tumpuan adalah masalah pendaftaran di pedalaman Sabah dan Sarawak. Rakyat di sana sukar untuk mendaftarkan kewarganegaraan atas sebab halangan kedudukan penempatan yang jauh dan sukar dicapai.

Lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jabatan Pendaftaran Negara (Sumber gambar: Bernama)

Muhyidin berkata, cadangan seperti ketua masyarakat seperti ketua kampung atau ketua rumah panjang diberikan kuasa untuk mendaftarkan kelahiran di kawasan penempatan masing-masing.

Lagi berkenaan isu pendaftaran adalah berkenaan isu pengeluaran kad pengenalan di Jabatan pendaftaran Negara. Kerajaan akan memastikan kad pengenalan dapat dikeluarkan sejurus permohonan dibuat.

 

Usaha giat dilakukan bagi menambah baik urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Sumber gambar: Sayang Sabah)

Walau bagaimana pun, ia sukar dicapai berikutan sistam dan peralatan yang digunakan adalah yang lama dan sukar untuk mengeluarkan kad pengenalan secepat mungkin.

BACA JUGA :   Muhyiddin Cadang Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia

Beliau berkata berkenaan dalam rangka lawatan ke Jabatan Pendaftaran Negara semalam (2 Julai 2018)

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here