Anda seorang majikan? Kami pasti setiap majikan pastinya tidak bergerak seorang diri dalam dunia bisnes. Mereka memiliki pekerja yang membantu dalam hal-hal tertentu kerana sesebuah perniagaan sentiasa memerlukan ahli yang profesional  dalam pelbagai bidang.

Jika anda tidak mahu kehilangan pekerja dalam syarikat anda, kali ini, Team Deenamik akan berkongsikan kepada anda beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menerapkan sifat kesetiaan dalam kalangan pekerja.

#1. Mewujudkan kotak cadangan

pekerja

Kotak cadangan bukan sahaja digunakan untuk aduan tentang kekurangan yang wujud di tempat kerja, tetapi juga boleh digunakan untuk mengumpul idea untuk meningkatkan prestasi syarikat.

Sesetengah daripada mereka memiliki banyak idea menarik untuk peningkatan prestasi kerja, tetapi agak keberatan untuk memberitahu idea tersebut secara bersemuka.

Oleh yang demikian, dengan adanya kotak cadangan seperti ini, anda sebagai majikan boleh memilih cadangan yang terbaik dan melaksanakannya.

Secara tidak langsung, mereka akan merasakan bahawa mereka penting dalam syarikat seterusnya terus setia bekerja dengan anda.

#2.  Fleksibelkan cara bekerja di pejabat

pekerja

Selain itu, sebagai majikan, jangan terlalu rigid dalam peraturan semasa bekerja di pejabat.

BACA JUGA :   Majikan Beri Bonus Sebanyak 19K Secara Tunai Kepada Pekerja Mereka!

Anda mungkin boleh memberikan tekanan kepada para pekerja seterusnya mengganggu prestasi kerja mereka. Sediakan kemudahan yang lengkap di pejabat anda demi keselesaan bersama.

Jika sebelum ini mereka terpaksa duduk di hadapan komputer daripada jam 9 pagi hingga 5 petang, sudah tiba masanya anda mengubah peraturan tersebut.

Anda disarankan memberi kelonggaran semasa bekerja seperti membenarkan mereka mencari tempat yang sesuai untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif. Izinkan mereka untuk berehat sebentar sekiranya penat bekerja.

#3. Beri penghargaan dalam bentuk bonus dan kenaikan pangkat

pekerja

Setiap kali pekerja anda berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang, berikan bonus kepada mereka agar mereka sedar bahawa syarikat anda amat menghargai jasa mereka.

Selain itu, jika mereka benar-benar layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi, mengapa tidak anda menaikkan pangkat mereka? Secara tidak langsung, anda memiliki seseorang yang betul-betul berkelayakan untuk menguruskan syarikat anda.

#4. Menggalakkan aktiviti berpasukan

pekerja

Menurut kajian, seseorang itu akan kurang menghadapi tekanan sekiranya bekerja dalam sesebuah pasukan. Apabila kerja secara berpasukan, pebagai idea kreatif dapat disumbangkan seterusnya menjadikan sesuatu projek itu berjaya dengan cemerlang.

BACA JUGA :   Wanita Mendominasi Jawatan Pengurusan Kanan Di Malaysia

Melalui kerja berpasukan juga, kasih sayang dan hubungan yang baik antara pekerja juga dapat dibentuk seterusnya membuatkan pekerja tersebut sukar untuk berpindah ke tempat kerja baru.

Oleh itu, sila praktikkan 4 cara di atas untuk menerapkan sifat kesetiaan dalam kalangan pekerja kerana kesetiaan pekerja adalah amat penting dalam sesebuah syarikat.

pekerja

Pusing ganti pekerja juga boleh mendatangkan kesulitan dalam syarikat anda dari segi aliran kerja dan proses pencarian pekerja baru juga memperuntukan masa yang agak lama.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here