Perang jenama dan isu pengendalian perniagaan terus melanda antara dua jenama teh terkemuka Malaysia iaitu Chatime yang merupakan jenama di bawah La Kaffa International Co. Ltd (La Kaffa) dan Tealive yang bernaung di bawah Loob Holding.

Isu ini bermula pada tahun lepas apabila pengendali utama francais Chatime di Malaysia iaitu Loob Holdings telah menggunakan bahan yang tidak diiktiraf oleh pemilik chatime, La Kaffa.

Perang
Perang Bubble Tea ini sudah berlarutan hampir 2 tahun (Sumber gambar: kapital.my)

Tindakan oleh Loob Holding itu yang dibuat tanpa perbincangan lanjut dengan pemilik asal Chatime, La Kaffa telah menyebabkan La Kaffa telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak secara mengejut pada Januari 2017.

Pembatalan kontrak ini juga disebabkan Loob Holding gagal membayar royalti yang sepatutnya kepada pemilik Chatime, La Kaffa.

Pembatalan Kontrak oleh La Kaffa

Keputusan itu telah mengejutkan menyebabkan CEO Loob Holdings, Bryan Loo kesal dengan jaminan yang diberikan oleh La Kaffa sebelum ini. Tidak mahu kekal dalam keadaan kecewa. Loob Holdings telah mengadakan jenama baharu daripada francais asal yang dinamakan Tealive.

Ramai yang keliru antara dua jenama bubble tea ini (Sumber gambar: Rojak Daily)

161 daripada 165 francais Chatime telah dijenamakan semula kepada jenama Tealive, manakala bakinya masih kekal sebagai Chatime di bawah pengurusan La Kaffa. Kos bagi penjenamaan semula oleh Loob Holding ini adalah sebanyak RM 10 juta.

BACA JUGA :   Had Umur Mengundi: Umur 18 Tahun Dah Boleh Pangkah

Pada Mac tahun ini, La Kaffa telah menfailkan saman kepada Loob Holding kerana penjenamaan semula Chatime kepada Tealive telah menyebabkan ‘salah tafsir dan merosakkan’ nama Chatime. Ini merupakan kemenangan pertama bagi La Kaffa dalam perang ini.

La Kaffa memohon injunksi iaitu:

  1. Menghentikan operasi Tealive dan sebarang perniagaan yang serupa dengannya.
  2. Menyerahkan kepada La Kaffa segala maklumat dan dokumen rahsia Loob Holding.

Tealive Terpaksa Tamatkan Perkhidmatan?

CEO Loob Holding, Bryan Loo (Sumber gambar: comparehero.my)

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan injunksi tersebut oleh pihak La Kaffa ke atas Loob Holding. Ini bermakna, Loob Holding terpaksa menghentikan operasi kesemua 161 buah kiosknya.

Penghentian operasi ini akan menyebabkan lebih 800 orang pekerjanya akan terjejas. Walau bagaimana pun, Loob Holding tidak akan mengikut arahan tersebut dalam masa terdekat ini. Loob Holding mencuba untuk membuat rayuan, namun rayuannya ditolak semalam (5 Julai).

Kronologi kes Chatime vs Tealive (Sumber: kapital.my)

Penolakan rayuan itu adalah disebabkan pelanggaran syarat yang jelas oleh Loob Holding terhadap segala terma yang telah dipersetujui dan berkaitan dengan undang-undang francais dan halangan dagangan di Malaysia.

BACA JUGA :   Ambil Sijil Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Poland Tawaran Daulah Educonsult.

Apakah Nasib Para Pekerja Tealive Nanti?

La Kaffa menerusi Chatime Malaysia berkata tidak akan membiarkan nasib para pekerja Tealive terjejas kerana perang ini. Mereka akan membantu daripada segi penempatan semua pekerja yang bakal terjejas.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia berkata, pekerja Tealive boleh menghubungi mereka (Chatime Malaysia) untuk sebarang bantuan. Bantuan ini termasuk kepada pemilik francais Tealive yang ingin bertukar kepada Chatime.

Jadi mana satukah yang menjadi pilihan anda, Chatime atau Tealive? Ungu atau ungu yang lebih muda? Kongsikan pendapat anda mengenai kes ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan/Syawal ini dengan beramal jariah membeli Kurma Dhuha dari Stokis JRM Johor. Hasil jualan akan disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Riadhus Solihin. Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp : wasap.my/60132002695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here