Jika anda rasa pening kepala dengan hiruk pikuk kota dan memerlukan kedamaian hutan hijau sebagai penawar kepada segala keserabutan yang berada di dalam minda anda, maka anda boleh berkunjung ke Jeram Toi, Negeri Sembilan.

Kawasan jeram yang terleta dalam lingkungan 28 km dari bandar Seremban ini merupakan lokasi terkenal bagi mereka yag gemar mandi sungai sambil menghirup udara segar.

Jeram Toi

Lagi menarik tentang lokasi ini, anda boeh juga merasakan pengalaman Jungle Trekking kerana kawasan jeram ini adalah laluan bagi menuju ke Guung Telapak Buruk. Anda boleh masuk ke sini secara percuma bermula dari 8 pagi hingga 6 petang secara percuma.

Apa yang menarik di sini? Tarikan utama Jeram Toi tentu sekali air terjun 4 tingkat. Ya, anda tidak salah baca. Air terjun 4 tingkat ini bermula dibahagian bawahnya yang terdapat kolam yang menjadi tumpuan utama pengunjung.

BACA JUGA :   Lata Meraung, Pahang- Syurga Terpencil Buat Pencinta Alam

Jeram Toi

Bagi mereka yang datang bersama keluarga dan membawa anak-anak kecil, jangan khuatir. Pelabagai kemudahan awam telah disediakan. Kolam renang kecil telah disediakan dengan gelongsor air kecil.

Kolam mini lebih cetek jika hendak dibandingkan dengan kolam untuk orang dewasa. Kolam untu kanak-kanak ini memudahkan ibu bapa memantau kegiatan anak-anak mereka.

Jeram ToiBagi kolam yang disediakan khas untuk orang dewasa maka anda boleh menunjukkan bakat berenang anda mahupun terjunan yang telah lama anda pendam sekian lama. Waktu inilah anda boleh gunakan kamera GoPro bagi merakamkan momen indah anda.

Jika anda jenis yang tidak gemarkan suasana bising dan mahukan privasi, anda boleh bertukar angina ke tingkat atas air terjun. Semakin tinggi bahagian air terjun yang anda kunjungi maka makin kuranglah orang yang berada disitu kerana kita perlu memahami bahawa perjalanan ke tingkat atas air terjun memerlukan tenaga yang banyak untuk mendaki.

BACA JUGA :   EXCO Kerajaan NS Dijangka Umum Pertengahan Minggu Hadapan

Jeram Toi

Ini amat sesuai bagi mereka yang gemar akan cabaran dan kepuasan dalam beriadah.Menarik bukan? Jadi gunakanlah peluang keemasan ini untuk berada dekat dengan alam dan dapatkan ketenangan yang anda dambakan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here