Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim telah memaklumkan kekosongan kerusi bagi ADUN Sungai Kandis, sehari selepas 2 Julai yang lalu, apabila Mat Shuhaimi Shafiei (PKR) meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 11.10 pagi Isnin akibat kanser limfoma.
Ramai yang tertanya-tanya, siapa agaknya bakal ADUN Sungai Kandis yang baru.
Kekosongan kerusi tersebut juga dijangka akan diisi oleh calon-calon dari kalangan PKR. Terdapat tiga nama dari PKR yang mungkin layak untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.
Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon bagi kawasan ini ialah Bekas Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, Naib Ketua AMK Malaysia, Mohd Radzlan Jalaluddin serta Mikael Eskandar.
Yaakob Sapari dikatakan memiliki kelebihan yang besar untuk menjadi ADUN di kawasan berkenaan disebabkan kejayaannya yang memegang jawatan ADUN Kota Anggerik selepas memenangi PRU13 pada 2013 dan PRU12 pada 2008.
Mohd Radzlan Jalaluddin juga tidak kurang hebatnya apabila beliau merupakan Penyelaras Dewan Negeri Kota Damansara, mempunyai penglibatan yang aktif dalam AMK Nasional, serta merupakan peguam sepenuh masa.
Mikael Iskandar pula pernah dicadangkan sebagai calon PRU14 yang lalu dan nama beliau digugurkan apabila pimpinan atasan membuat keputusan untuk memilih Shuhaimi sebagai calon rasmi yang bertanding semasa PRU14.
Namun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengatakan bahawa PAS hanya akan meletakkan calon dari parti itu sekiranya wujudnya pertandingan satu lawan satu pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Hal ini adalah untuk mengelakkan perpecahan banyak undi dan sebagai alternatif agar tidak mengulangi kesilapan pada PRU14 yang lalu.
Namun begitu, perkara ini akan terus dipertimbangkan dari masa ke semasa.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa PRK DUN Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos 2018. Sementara itu, tarikh penamaan calon akan dilakukan pada 21 Julai ini.
SPR juga dikatakan akan melanjutkan masa mengundi dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang. Selamat mengundi diucapkan buat penduduk Sungai Kandis. Anda semua bebas memilih calon masing-masing dan buatlah pilihan yang bijak.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels