Tun Mahathir Perdana Menteri Menteri Pelajaran

Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad yang baru saja menyambut ulang tahun yang ke-93 baru-baru ini, tampil berkongsi rahsia yang diamalkannya untuk kekal sihat dan mendapat umur yang panjang seperti beliau.

Menurut beliau, antara petua utama adalah menjaga pemakanan. Bagi anda yang belum tahu, Tun Mahathir sangat mengamalkan pendekatan makan tidak terlalu banyak pada satu-satu masa dan berhenti makan sebelum kenyang. Pendek kata, jangan sampai ‘terlebih makan’.

Tun Mahathir
Tun Mahathir hanya makan nasi sedikit sahaja kerana tidak mahu terlebih makan.

Satu lagi, Tun Mahathir sangat suka bersenam walaupun senaman itu hanyalah senaman yang ringkas.

“Terdapat 28 anak tangga di pejabat saya dan saya sentiasa gunakan tangga. Saya tak suka naik lif dengan kerap. Walaupun dekat rumah saya pun ada lif, tapi saya lebih suka naik tangga”, ujar beliau.

Di samping itu, Tun Mahathir turut menasihatkan agar golongan-golongan yang menghidap obesiti supaya cuba mengurangkan makan untuk menurunkan berat badan. Tegas Tun Mahathir, banyak penyakit kronik sebenarnya datang kerana makan terlalu banyak dan tidak menjaga pemakanan.

BACA JUGA :   Tun Mahathir Jelaskan Sebab Kenapa Wawasan 2020 Mustahil Untuk Dicapai

Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri ke-4 itu juga berterima kasih kepada kemajuan teknologi dalam bidang perubatan. Menurutnya, banyak pembedahan melibatkan operasi rumit dapat dilakukan dengan bantuan mesin yang dicipta.

Beliau sebelum ini pernah dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung dan pernah menjalani pembedahan sebanyak dua kali pada 1989 dan 2007.

br1m
Beliau pernah menjalani pembedahan kerana menghidap penyakit jantung sebelum ini.

Sejak pada itu, beliau begitu menjaga kesihannya dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pujian juga harus diberikan kepada isterinya yang sangat mengambil berat bagi memastikan beliau kekal sihat.

Di usia 93 tahun, Tun Mahathir kini mencipta sejarah apabila diangkat menjadi Perdana Menteri yang paling tua di dunia.

Tun Mahathir semasa proses angkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7

Semoga tips yang diberikan beliau dapat diamalkan kita semua untuk beroleh kesihatan yang mantap.

BACA JUGA :   Ini Bukan Tsunami Melayu Atau Cina, Tetapi Tsunami Rakyat !

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here