Setelah hampir sembilan tahun mencurahkan khidmat sebagai pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo akhirnya ‘dilepaskan’ untuk berhijrah ke kelab Juventus.

Perpindahan Ronaldo turut disahkan oleh kelab Real Madrid dengan dengan tawaran harga £88 juta (RM468.9 juta).

Keputusan mengenai perpindahan itu telah pun dilakukan setelah selesai rundingan antara Cristiano Ronaldo dan Presiden Juventus, Andrea Agnelli ketika bintang bola sepak itu bercuti bersama keluarganya di Greece

Real Madrid merestui perpindahan Ronaldo untuk berpindah ke kelab Juventus dan melahirkan rasa penghargaan kepada beliau kerana telah mengharumkan nama Real Madrid dalam sejarah kelab tersebut dan tidak ketinggalan juga arena bola sepak.

“Selain pelbagai gelaran, trofi dan kejayaan yang dicapai ketika sembilan tahun bersama kami, Cristiano Ronaldo telah menjadi satu contoh tentang makna sebenar dedikasi, kerja keras, tanggungjawab, bakat dan pencapaian hebat,” kata kenyataan Real.

Cristiano Ronaldo dalam pada itu menzahirkan rasa berterima kasih diatas peluang yang diberikan oleh Real kerana sepanjang mencurahkan keringat dan bakti di kelab itu, pelbagai kenangan manis telah tercipta dan memberikan kenangan cukup indah dalam hidupnya.

BACA JUGA :   Patrick Vieira Antara Calon Utama Menggantikan Arsene Wenger ?

Walaubagaimanapun, Ronaldo menyatakan bahawa telah tiba masanya untuk beliau bertukar angin dan memulakan kerier serta perjalanan baharu bersama kelab Juventus,

“Saya percaya masanya telah tiba untuk saya membuka babak baharu dalam hidup saya dan sebab itu saya meminta Real menerima tawaran pembelian ke atas saya.-http://www.kosmo.com.my

Ronaldo menelaskan agar keputusan untuk berpindah diterima dan difahami oleh para pemintanya. Real Madrid menjadi saksi kepada satu legasi besar yang diukir oleh Ronaldo meliputi segala catatan rekod dan trofi kemenangan hasil daripada usaha kerasnya.

“Bagi Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan sentiasa menjadi antara simbol terhebat dan penanda aras yang unik bagi generasi akan datang.-http://www.kosmo.com.my

“Real Madrid akan sentiasa berada dalam hatinya,” kata kenyataan Real lagi-http://www.kosmo.com.my

BACA JUGA :   Ini Punca Sebenar Zidane Letak Jawatan Sebagai Pengendali Real Madrid

Antara rekod serta pencapaian terbaik yang pernah dilakar oleh Cristano Ronaldo sepanjang perjalanan kariernya bersama Real Madrid ialah menjadi penjaring gol terbanyak dengan jumlah gol sebanyak 450 gol dan merangkul dua gelaran La Liga serta bagi Liga Juara-Juara, sebanyak empat trofi telah disumbangkan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here