Sumber foto : Strategic Culture Foundation

Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini telah mengeluarkan laporan Laporan Daya Saing Perjalanan dan Pelancongan, yang menganalisis keadaan sektor pelancongan di 136 negara di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada laporan tersebut, WEF telah memberikan ranking kepada setiap negara-negara ini. Ranking ini diberi berdasarkan sejauh manakah sesebuah negara mendedahkan kepada pelancong serta ahli perniagaan mengenai risiko keselamatan yang mengancam nyawa manusia dari sudut jenayah dan keganasan.

Di sini, kami senaraikan 10 negara yang paling tidak selamat untuk dikunjungi menurut ranking tersebut:


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!

10.Ukraine

Sumber foto : ITV.com

Pertempuran di antara angkatan bersenjata Ukraine dan kumpulan pemisah Russia sudah menjadi kebiasaan di kedua-dua wilayah timur dan tenggara Ukraine. Lebih terperinci lagi, kawasan yang sering terlibat adalah wilayah Donest, Luhansk serta Crimea. Orang awam dilaporkan berterusan menjadi mangsa akibat pertempuran ini.

 

9.Honduras

Keganasan jalan raya di Honduras.

Honduras merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di dunia. Jabatan Gracias a Dios seringkali dicemari dengan jenayah dan pengedaran dadah di samping kurangnya keberadaan anggota polis atau tentera.

Tegucigalpa, San Pedro Sula, dan La Ceiba adalah antara kawasan yang berbahaya. Menurut statistik, 70% pembunuhan warga Amerika Syarikat dalam tujuh tahun terakhir berlaku di daerah-daerah ini.

BACA JUGA :   Bela Nasib Rohingya, ISIS Mahu Rekrut Rakyat Malaysia Untuk 'Berjihad' Lawan Tentera Myanmar

 

8.Kenya

Sumber foto : Trans Africa Radio

Meskipun banyak serangan keganasan berlaku di luar Nairobi, ancaman pengganas masih tinggi di kawasan bandar. Bom, tembakan dan tikaman adalah bentuk-bentuk serangan yang biasanya dilakukan.

 

7.Mesir

Sumber foto : detikNews

ISIS dan kumpulan ekstremis yang lain menimbulkan ancaman yang serius kepada tempat-tempat awam di seluruh Mesir termasuklah kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Kumpulan ini dikenal pasti mensasarkan mangsa dalam pelbagai kaedah pengangkutan.

 

6.Venezuela

Sumber foto : Daily Mail

Kekurangan sumber hidup yang asas seperti air, makanan, ubat-ubatan dan juga elektrik telah menjadi pencetus kepada pergolakan dan jenayah sosial di Venezuela. Venezuela turut merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di dunia. Rompakan bersenjata, pembunuhan dan penculikan adalah bentuk-bentuk keganasan yang sering berlaku di Venezuela.

 

5.Nigeria

Sumber foto : Sneaky Mag

Dua kumpulan pelampau, Boko Haram dan Negara Islam Afrika Barat bertanggungjawab terhadap majoriti keganasan yang berlaku di Nigeria. Keganasan itu mensasarkan kawasan yang menempatkan ramai orang seperti gereja, sekolah, restoran, hotel dan tempat-tempat hiburan.

 

4.Pakistan

Sumber foto : Risalah TV

Konflik agama sudah membelenggu Pakistan sejak bertahun-tahun lamanya dan keganasan ke atas sesetengan kumpulan agama seringkali berlaku di seluruh negara itu.

Kerajaan Pakistan juga membataskan hak kebebasan bersuara dan menyekat kemasukan orang asing di banyak tempat sekitar Pakistan.

 

3.El Salvador

BACA JUGA :   Bela Nasib Rohingya, ISIS Mahu Rekrut Rakyat Malaysia Untuk 'Berjihad' Lawan Tentera Myanmar
Kumpulan maras di El Salvador.

Selain daripada memegang status sebagai salah satu negara yang memiliki kadar pembunuhan tertinggi di dunia, El Salvador juga terkenal dengan banyak kumpulan kongsi gelap di negara itu. Kumpulan-kumpulan ini lebih dikenali sebagai maras. Keganasan yang sering dilakukan oleh mereka adalah seperti peras ugut dan pengedaran dadah.

 

2.Syria

Sumber foto : Al Jazeera

Puak-puak pemberontak yang berpusat di ibu kota Syria iaitu Sanaa, berterusan mensasarkan orang awam sebagai mangsa. Puak pelampau seperti Al-Qaeda juga bergiat aktif di dalam negara ini. Disebabkan banyak keganasan dilancarkan menggunakan bom periuk api dan serangan udara, kebanyakan penduduk Syria kekurangan sumber hidup asas seperti makanan, air dan bantuan kesihatan.

 

1.Colombia

Sumber foto : CNN

Colombia secara asasnya bukanlah berbahaya seperti sebelum-sebelum ini. Malah, Medellin juga telah dinamakan sebagai destinasi pelancongan terbaik di Amerika Selatan. Namun, mengunjungi Colombia masih mendatangkan risiko terutamanya kepada pelancong asing.

BACRIM dan kumpulan bersenjata seringkali terlibat dengan penculikan, pengedaran dadah dan rompakan yang berlaku di seluruh negara. Selain itu, serangan keganasan seperti letupan sering berlaku di banda-bandar besar seperti Bogota.


Diharapkan anda yang ingin berkunjung ke negara-negara ini supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan berhati-hati.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!


Sumber :

INSIDER

Facebook Comments