Pasti ramai diantara kita yang begitu minat dengan filem dan drama Hindi. Penggemar filem ini sanggup menunggu berjam-jam lamanya di hadapan televisyen semata-mata untuk melihat keindahan tempat penggambaran India yang cantik seperti negara Eropah, kelincahan penari, jalan cerita yang unik dan kreatif serta alunan muzik yang merdu.

Di India, terdapat beberapa tempat penggambaran dan pelancongan yang paling cantik dan tidak dapat lupakan dilupakan apabila berkunjung ke India.

#1. Indira Gandhi Memorial Tulip Garden

Jika impian anda nak ke Keukenhof Tulip Garden, Belanda untuk menikmati keindahan bunga tulip belum tercapai, anda boleh pergi ke Indira Gandhi Memorial Tulip Garden.

Kemeriahan warna dan keindahan bunga tulip di taman ini pasti akan membuatkan anda sukar untuk melupakannya jika sudah pergi ke sana.

Taman yang berkeluasan 30 hektar ini menjadi tempat penggambaran kebanyakan filem Bollywood dan meningkatkan kadar pelancong yang datang ke India pada setiap tahun.

BACA JUGA :   Lelaki Ini Kebumikan Bapanya Dengan Keranda Berisi Wang Tunai RM30,000

#2. Benteng Mehrangarh

india

Benteng Mehrangarh merupakan banteng yang berdiri dengan kukuh dan megahnya. Di dalam sisi benteng ini juga terdapat sebuah istana yang sangat indah dan dipenuhi dengan ukiran-ukiran seni yang bernilai tinggi.

Benteng ini menjadi tumpuan penggambaran filem Hindi sekaligus menjadi pilihan pelancong asing yang datang ke India.

Terdapat sebuah kolam yang airnya berwarna hijau jernih di sekitar benteng ini. Benteng ini juga dikatakan terletak pada ketinggian 400 meter.

#3. Sonamarg

Sonamarg pernah menjadi latar belakang filem Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan. Kira-kira 8950 kaki dari paras laut, ia merupakan kawasan yang paling sejuk sepanjang tahun.

Aktiviti menunggang kuda juga boleh dilakukan di kawasan ini dengan harga yang murah. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kesejukan di Sonamarg apabila berkunjung ke India.

#4. Pahalgam

Pahalgam yang turut dikenali sebagai ‘Little Switzerland’ kerana permandangannya yang sangat menarik seperti berada di Switzerland. Ia selalu menjadi lokasi pilihan untuk penggambaran dan juga pilihan pelancong asing.

BACA JUGA :   Malaysia Larang Kemasukan 3 Warganegara : India, Filipina & Indonesia

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berkunjung ke sana seperti aktiviti menunggang kuda dan juga water rafting.

india

Selain mempunyai tempat yang cantik dan mendamaikan, India juga terkenal dengan universiti terbaik di dunia.  Daulah Educonsult merupakan salah satu platform terbaik untuk menjejakkan kaki ke universiti terbaik di dunia.

Ia menawarkan pengajian di universiti tertentu seperti Rusia, Poland, India, Indonesia, Turki dan juga Bangladesh.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai jurusan-jurusan dan universiti di luar negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult, anda boleh layari laman web mereka iaitu www.daulahmedic.com

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian khidmat pelanggan di nombor 018-9624322 serta melalui emel daulahmedic@gmail.com

Jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan peluang ini dan gapailah cita-cita anda untuk menimba ilmu di universiti terkemuka di luar negara!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here