Impian Belajar Di Luar Negara Kini Jadi Kenyataan

Melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terkemuka di luar negara sememangnya sudah menjadi impian kebanyakan daripada kita. Siapa sahaja tidak mahu menikmati keunikan budaya dan suasana pembelajaran yang jauh berbeza daripada yang terdapat di Malaysia. Namun begitu, peluang untuk sambung belajar di luar negara bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai kesulitan dan masalah sering menjadi penghalang kepada para pelajar untuk mencapai impian mereka itu.

Mujurlah pihak Daulah Educonsult banyak membantu merealisasikan cita-cita pelajar untuk sambung belajar ke luar negara. Daripada sudut khidmat nasihat, mengendalikan pendaftaran dan penempatan pelajar, semuanya diuruskan. Pendek kata, memang sangat mudah untuk pelajar lepasan SPM, STAM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan A-Level untuk belajar di luar negara dengan menggunakan khidmat pihak Daulah Educonsult.

daulah
Kakitangan Daulah Educonsult dan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir menyambut kedatangan intake baru di lapangan terbang.

Antara intake yang ditawarkan adalah di universiti-universiti terkemuka di Rusia, Turki, India, Indonesia, Poland dan Bangladesh. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyambung pengajian di institusi tersohor di Mesir seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Cairo dan banyak lagi. Saban tahun, Daulah Educonsult sering menjadi pilihan para pelajar yang ingin mengikuti jurusan perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan penerbangan dan juga Ulum Islamiyah. Untuk pengetahuan anda, kesemua universiti tersebut adalah yang diiktiraf oleh JPA, MQA, MMC, MDC, dan MPS.

daulah
Negara-negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Selain itu juga ada negara Turki, Mesir dan India.
daulah
Antara universiti-universiti terkemuka di Mesir

Bila sebut tentang belajar di luar negara, ramai yang salah faham bahawa ianya melibatkan perbelanjaan yang tinggi, syarat kemasukan sangat ketat, tak boleh sesuaikan diri dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya itu adalah tidak betul sama sekali. Universiti-universiti yang diuruskan oleh Daulah menawarkan yuran pengajian yang rendah dan berpatutan. Tambahan pula, kos sara hidup di kebanyakan negara tersebut adalah rendah kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding mata wang mereka, terutamanya di Mesir dan Indonesia. Jadi, dari segi perbelanjaan memang tidak ada masalah.

daulah
Pelajar-pelajar yang belajar Mesir dapat menerokai keunikan budaya dan pelbagai tempat-tempat menarik di sana

Berkenaan syarat kemasukan pula, anda hanya perlu mempunyai sekurang-kurangnya B dalam 5 subjek untuk ke negara-negara selain Mesir. Tidaklah begitu ketat, bukan ? Bagi ke Mesir pula syaratnya boleh disifatkan hampir sama cuma berbeza mengikut jurusan yang ingin diambil. Ini bermakna anda boleh menggunakan sijil SPM untuk memohon masuk ke fakulti perubatan, pergigian, farmasi, Ulum Islamiyah dan juga pengajian Islam.

Apa yang istimewa mengenai Daulah ini adalah mereka mempunyai rangkaian pelajar yang sangat ramai di luar negara. Melalui persatuan yang diberi nama ‘Sahabat Daulah’, anda akan dapat berkenalan dengan lebih ramai pelajar Malaysia di sana. Sahabat Daulah sering menganjurkan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain ski di Turki, ibadah korban unta ketika Aildiladha setiap tahun dan macam-macam lagi. Senang kata, anda tidak akan bersendirian kerana ada pelajar Daulah yang sentiasa membantu anda tatkala waktu susah dan senang.

daulah
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Sahabat Daulah di bumi Turki.
daulah
Himpunan pelajar ‘Sahabat Daulah’ yang berada di Mesir

Memang tidak dapat dinafikan, ramai pelajar yang ingin belajar di luar negara tetapi masih buntu mengenai laluan pendidikan yang harus mereka pilih. Kebingungan itu mungkin disebabkan beberapa faktor seperti keputusan peperiksaan, maklumat mengenai bidang pengajian dan juga maklumat mengenai institusi pengajian.

Justeru, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi mengenai haluan pendidikan secara percuma di pejabat Daulah Educonsult. Di situ, mereka akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang peluang pendidikan di luar negara yang sesuai dengan anda. Cuma, anda dinasihatkan untuk membuat temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh anda ingin datang.

daulah
www.daulahmedic.com

Untuk informasi lebih lanjut mengenai jurusan-jurusan dan universiti di luar negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult, anda boleh layari laman web mereka iaitu www.daulahmedic.com

Sebarang pertanyaam, boleh hubungi di talian khidmat pelanggan di nombor 018-9624322 serta melalui emel daulahmedic@gmail.com

Jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan peluang ini dan gapailah cita-cita anda untuk menimba ilmu di universiti terkemuka di luar negara!

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here