Terdapat pelbagai masalah yang berkaitan dengan guru dan pelajar yang telah kita dengar di media sosial mahupun di akhbar. Ramai pihak dengan sewenang-wenangnya hanya tahu menuding jari kepada para guru sahaja. Ini mencetuskan persoalan yang kontroversi, wajarkah masalah disiplin di sekolah hanya perlu ditangani oleh guru sahaja?

Tidak perlu dinafikan lagi, masalah disiplin di sekolah bukan hanya perlu ditangani oleh guru, bahkan ia perlu mendapat kerjasama dari semua pihak termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa serta penjaga.

masalah
Gambar Hiasan

Naib Yang Di-Pertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim) Selangor, Khamarulazlan Hanafiah berkata, peranan pihak yang sepatutnya amat penting untuk membentuk disiplin dan sahsiah pelajar tersebut.

Di sekolah, ibu bapa selalunya meletakkan tanggungjawab anak sepenuhnya kepada guru, jika berlaku sesuatu masalah, guru akan disalahkan. Sebaliknya ibu bapa perlu memainkan peranan selalu supaya selalu mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah berkenaan perkembangan anak.

Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan hanya mengambil peduli tentang sahsiah anak-anak di sekolah apabila tiba hari untuk mengambil kad laporan sahaja. Selain itu, ibu bapa perlu sentiasa “follow up” dengan pihak sekolah supaya dapat mengetahui tentang perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.

masalah
Gambar Hiasan

Beliau memandang berat laporan media sebelum ini mengatakan sebanyak 442 pelajar di seluruh negara dibuang sekolah kerana didapati terlibat dalam pelbagai masalah disiplin.

masalah
Gambar Hiasan

Kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyebut kegiatan gengsterisme dikenal pasti sebagai masalah paling serius di sekolah, mengatasi gejala penyalahgunaan dadah, buli dan ponteng.

Kamarulazlan juga menegaskan bahawa ibu bapa perlu mempunyai sikap ambil peduli dan PIBG perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah agar masalah besar tidak akan timbul. Pihak-pihak ini juga perlu membuang sikap menunding jari sesama mereka.

Menurutnya lagi, tidak mudah untuk melahirkan budaya sifar masalah disiplin di kalangan pelajar, ditambah dengan mentaliti generasi masa kini sudah tidak sama seperti dulu.

masalah
Gambar Hiasan

Perkara yang menimbulkan kerisauan adalah masalah disiplin di kalangan pelajar kebanyakannya berlaku ketika masa senggang sebelum dan selepas sesi persekolahan.

Oleh itu, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan ketika ini? Budaya tuding menunding jari antara kita perlu dibuang dan amat penting agar semua pihak merasakan bahawa mereka mempunyai peranan untuk mengatasi perkara ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here