Perasaan cemburu dan iri hati membuatkan seorang abang tiri nekad membunuh seorang mangsa yang menjalinkan hubungan dengan adik tirinya. Dilaporkan, suspek telah bertindak di luar kawalan apabila membunuh dan mengerat telinga teman lelaki adik tirinya itu.

kekasih

Kejadian tragik itu dilaporkan telah berlaku di wilayah Sulawesi, Indonesia tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikh sebenarnya insiden itu berlaku.

Pergaduhan berpunca daripada sikap baran si abang tiri yang dalam diam telah menaruh hati kepada adik tirinya sendiri namun terpaksa dirahsiakan perasaan itu kerana adiknya sudah ada kekasih hati.

Dalam masa yang sama, Andi Awank (sepupu suspek) memberitahu pihak media tempatan Indonesia bahawa motif pembunuhan hanya disebabkan cemburu dan tidak berpuas hati terhadap mangsa.

Sebelum kejadian berdarah itu berlaku, adik suspek bersama-sama mangsa telah berkunjung ke Pulau Kondo untuk bersiar-siar dan mereka turut bermalam di sana.

kekasih
Gambar Hiasan

Akibat berang apabila mengetahui mereka berdua telah menginap di sana, suspek telah menghubungi adiknya itu namun tiada jawapan.

Keesokan harinya suspek dengan terburu-buru telah menyusul ke kepulauan tersebut dengan bertujuan untuk menyerang mangsa menggunakan parang yang dibawanya.

kekasih
Gambar Hiasan

Walaupun berlaku pergelutan seketika namun mangsa yang parah setelah ditetak pada bahagian leher itu langsung rebah ke tanah dan telinganya turut putus akibat ‘dimakan’ oleh parang yang dihayun suspek.

Mangsa sempat dirawat di hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam. Pihak polis masih lagi menyiasat kejadian itu dan suspek sudah pun ditahan bagi siasatan lanjut.

kekasih
Gambar Hiasan

Setelah mendapat beberapa info, didapati suspek merupakan pendatang asing yang telah merantau ke kampung halaman adiknya.

Perkara ini sungguh mengejutkan beberapa pihak. Sedikit pengajaran untuk anda, jika anda ingin bertindak perlulah fikir terlebih dahulu kesan yang akan berlaku pada masa akan datang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here