Menteri-menteri luar Arab menegaskan bahawa keamanan di Asia Barat mustahil akan wujud sekiranya isu Baitulmaqdis tidak diselesaikan.

Arab

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata,

Demi keamanan itu, Liga Arab akan berusaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap negara Palestin dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya selepas Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Keputusan politik wujud untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mereka akan berjuang untuk memperoleh keputusan politik antarabangsa bagi mengiktiraf negara Palestin dan Baitulmaqdis (timur) sebagai ibu negara.

Arab

Kata Ayman, negara-negara Arab akan bekerja secara kolektif dengan masyarakat antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa itu.

Arab

Menurut beliau lagi, pada mesyuarat itu juga kesemua negara yang hadir bersetuju terhadap langkah-langkah dalam memastikan tiada negara lain yang akan mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel.

Kami ulangi bahawa tiada keamanan dan keselamatan boleh dicapai di Asia Barat tanpa kewujudan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palestin, sejajar dengan semua peraturan antarabangsa.

Menteri-menteri luar Arab akan bertemu semula hujung bulan ini untuk mendengar taklimat Palestin tentang perkembangan usaha mereka setelah berjaya menolak keputusan AS dan usaha haram yang dilakukan oleh Israel untuk mengubah status Baitulmaqdis.

Arab

Dalam pada itu, AS dilaporkan telah membekukan pembiayaan AS$125 juta (RM499.3 juta) kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin.

Namun seorang pegawai Jabatan Negara AS berkata, tiada keputusan yang dibuat tentang pembiayaan berkenaan malah menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh laman berita Axios itu tidak benar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here