Lagi Artis Main Politik

Semenjak mendapat gelaran Datuk, pelakon Farid Kamil yang juga merupakan suami kepada aktres Diana Danielle kini semakin lantang membicarakan isu politik di laman sosial miliknya.

Farid Kamil

Terbaru, Farid Kamil ada memuat naik kenyataan di laman sosial Instagram miliknya yang ‘menegur’ netizen agar tidak sesuka hati menghina pemimpin-pemimpin negara.

Teguran itu dibuat merujuk kepada satu kenyataan daripada laman yang terkenal dalam arus politik iaitu Malaysiakini. Laman itu mengkritik Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dengan menyifatkan beliau sebagai lelaki yang mempunyai rupa paras yang kacak tetapi bukanlah seorang yang mampu memipin dengan baik.

Farid Kamil
Posting yang dimuat naik Farid Kamil di laman Instagram

Menerusi kapsyen yang ditulisnya, Farid memberi amaran bahawa pengkritik akan berdepan masalah besar sekiranya lantang mengkritik pemimpin-pemimpin negara kerana menyifatkan mereka mempunyai ‘kuasa’.

Seperti yang dijangka, posting daripada pelakon filem Tombiruo itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata memberi komen memuji tindakan berani pelakon itu yang mengeluarkan pandangan. Tetapi, ada juga yang mengecam dan mengatakan Farid sebagai ‘macai kerajaan’. Sudah sememangnya menjadi adat di media sosial, setiap posting pasti ada likers dan haters yang tersendiri.

Farid Kamil bukanlah artis pertama yang lantang menyuarakan pendapatnya mengenai arena politik tanah air. Sebelum ini, beberapa orang selebriti juga sering mencuri tumpuan dengan kelantangan mereka seperti Sheila Majid, Adibah Noor dan aktres kontroversi, Fathia Latiff.

Apa-apapun, dinasihatkan agar para artis mengeluarkan pendapat dari sudut neutral dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Kita tidak mahu artis menjadi boneka dan alat untuk memancing undi bagi sesebuah parti dan juga kepentingan diri sendiri.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here