Seorang guru besar sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan menggunakan wang zakat yang sepatutnya disumbangkan kepada pelajar.

Zabidah Sulaiman, 57 yang dituduh di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz didakwa menyalahgunakan RM5,000 wang zakat daripada Syarikat Ladang Rakyat Terengganu yang sepatutnya diberikan sebagai sumbangan kepada 100 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Cheneh Baru 2, Kemaman.

Zakat

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas di sekolah terbabit di bilik mesyuarat Syarikat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd pada 13 Julai 2015.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak kurang 6 bulan dan maksimum 5 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

BACA JUGA :   Bas "Dua Alam" Mampu Merancakkan Industri Pelancongan Terengganu

Zakat

Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Che Amir Che Musa memohon mahkamah menetap jumlah jaminan yang rendah kerana tertuduh perlu menanggung bapanya yang kini menjalani rawatan ekoran sakit tua.

Zakat

Zabidah kini bertugas sebagai guru besar Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mohammad Haidar kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 11 Februari untuk sebutan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Mat Dan Kini Dilantik Sebagai Ikon Pelancongan Negeri Terengganu

Dipetik dan diolah dari FreeMalaysianToday

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here