Perancis

Tahniah diucapkan kepada pasukan Perancis yang berjaya menumpaskan Croatia 4-2 untuk menjuarai Piala Dunia buat kali kedua sejak 1998. Sudah tentu, kemenangan tersebut bermakna ‘Les Bleus’ tidak hanya pulang dengan trofi semata-mata tetapi turut membawa pulang hadiah kejuaraan yang begitu banyak.

Berapa banyakkah jumlah wang yang dimenangi ?

Selaku juara, FIFA akan memberikan habuan sebanyak $38 juta kepada pasukan Perancis manakala naib juara, Croatia pula pulang dengan $28 juta. Pengagihan wang tersebut adalah berdasarkan pecahan daripada jumlah hadiah keseluruhan bernilai $400 juta.

Walaubagaimanapun, wang $38 juta tersebut akan diserahkan kepada Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF). Badan tersebut lah yang kemudiannya bertanggungjawab untuk mengagihkan wang berkenaan kepada pemain-pemain dan pihak yang terlibat dalam membantu skuad itu menjuarai Piala Dunia.

BACA JUGA :   Belgium Tidak Akan Berundur Dari Pentas FIFA; Bahang Makin Terasa

Menurut Presidennya, Noel La Graet, pemain-pemain akan mendapat 30% daripada jumlah yang dimenangi. Ini bermakna, setiap pemain akan mendapat bonus sekitar $330,000 seorang.

Pujian juga harus diberikan kepada Kylian Mbappe yang sebelum ini mengumumkan mahu memberikan sebahagian daripada wang bonusnya kepada persatuan sukan amal untuk orang kurang upaya.

Mengenai trofi yang dimenangi pula, pasukan Perancis tidak dibenarkan membawa pulang trofi asal yang diperbuat daripada emas 18-karat dengan nilai $20 juta. Bagaimanapun, mereka akan diberikan replika emas trofi tersebut untuk dibawa pulang.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Kemenangan Perancis Dan Kisah-kisah Lain Mengiringi Final Piala Dunia 2018

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here