Malaysia kini boleh melupakan cita-cita hendak menjadi negara maju sekiranya tidak mahu melaksanakan projek kereta nasional kedua selepas kegagalan Proton, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tambahan lagi, beliau menegaskan bahawa Malaysia akan kekal selamanya menjadi negara pengguna, petani dan nelayan. Malaysia juga tidak akan mampu mencapai Wawasan 2020 yang telah diaspirasikan sebelum ini.
Perkara tersebut diluahkan oleh beliau menerui tulisan di dalam blognya.
Dalam tulisan yang sarat dengan nada kecewa itu, Dr Mahathir turut membidas kelompok yang mengkritik cadangan beliau supaya Malaysia sekali lagi menceburi bidang pembuatan untuk menghasilkan kereta nasional yang kedua.
Menurut Tun M, projek kereta nasional kedua itu adalah sangat penting iaitu untuk menghidupkan ekonomi dan membangunkan sektor kejuruteraan di negara ini. Sudah tentunya idea ini diinspirasikan daripada ‘Dasar Pandang ke Timur’.
Di negara Jepun dan Korea Selatan misalnya, industri automotif mereka bermula dengan kereta berkualiti rendah tetapi lama-kelamaan mereka semakin berkembang dan menjadi antara peneraju dalam pasaran automotif global.
Jepun dan Korea Selatan dahulunya pernah dikecam kerana membuat kereta kononnya dari “tin Milo”. Tetapi hari ini mereka berjaya melahirkan kereta berjenama yang cukup dihormati seperti Toyota, Nissan, Suzuki yang semakin menguasai pasaran.
Manakala, kereta-kereta jenama Eropah seperti Austin, Morris dan sebagainya sudah mula ketinggalan di belakang mereka.
“Tentulah ini tidak akan berlaku dengan Malaysia. Kereta kita tetap diperbuat dari tin Milo selama-lamanya,” kata beliau dengan nada sinis.
Kesannya, rakyat Malaysia akan terus bergantung pada kereta import. Manakala negara yang mempunyai industri automotif, ekonominya akan terus meningkat maju seiring dengan industri kejuruteraannya yang juga membantu industri kejuruteraan yang lain.
Bagaimana pula dengan pendapat anda, adakah anda bersetuju projek kereta nasional kedua ini dilaksanakan ? Kongsikan jawapan anda dalam ruangan komen di bawah.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels