Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam mendedahkan bahawa pihak kementerian kini sedang mengalami satu isu yang kritikal iaitu kekurangan guru di kawasan bandar besar, terutamanya di Johor dan Selangor.

Ironinya, masalah kekurangan guru ini tetap timbul meskipun lambakan graduan dalam bidang pendidikan yang dihasilkan oleh IPTA dan IPTS setiap tahun.

masalah kekurangan guru
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

Mengikut statistik, seramai 6,500 orang guru dianggarkan masih belum menerima penempatan walaupun sudah lima tahun menamatkan pengajian, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Laporan memetik kenyataan NGO Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA) menyebut, hanya kira-kira 20% calon yang ditemuduga pada akhir tahun lalu diserap ke dalam perkhidmatan guru.

masalah kekurangan guru

Ini belum lagi mengambil kira 2,600 orang lagi bakal guru yang akan menamatkan pengajian. Jumlah ini semakin meningkat saban tahun kerana pengambilan pelajar ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) yang berterusan di samping terdapat 11 universiti yang turut menawarkan kursus pendidikan.

BACA JUGA :   SPM AKAN DIAWALKAN BERMULA TAHUN HADAPAN

Hal ini pastinya meningkatkan lagi saingan untuk berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.

Dari sudut lain pula, kebanyakan guru sedia ada lebih suka mengajar di kawasan luar bandar berbanding bandar.

masalah kekurangan guru

Antara sebabnya adalah kenaikan kos sara hidup di bandar yang begitu membebankan. Ada sesetengah guru mendedahkan bahawa baki gaji daripada gaji kasar RM3,400 hanya tinggal RM50 setiap bulan, dan berharap kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup.

Selain itu, sikap ibu bapa di bandar yang cenderung mengheret guru ke mahkamah sekiranya melakukan kesalahan dalam mendidik anak mereka menyebabkan guru lebih suka berkhidmat di kawasan luar bandar.

masalah kekurangan guru

Menurut laporan dari Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock mendapati guru di bandar merasa tertekan dengan masalah kesesakan jalan raya, beban kerja dan tuntutan kecemerlangan sekolah.

BACA JUGA :   Cuti Sekolah Akan Diumumkan Sekiranya PRU 14 Jatuh Pada Hari Bekerja ?

Malah, ada juga guru yang terpaksa tinggal jauh kerana tidak mampu menyewa atau membeli rumah di kawasan bandar. Segelintir dari mereka perlu menempuh perjalanan sehingga 90 kilometer sehari untuk ke sekolah.

Kesemua faktor ini menyebabkan guru memilih untuk kembali ke negeri asal dan berkhidmat di luar bandar. Apabila semakin ramai guru berbuat demikian, maka berlakulah isu kekurangan guru di bandar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here